Ahad, 4 Jun 2023

PAS HADIAHKAN TEH TARIK KE SELANGOR


Dasar pro rakyat di Selangor akan ditambah baik, kata Perikatan

PERIKATAN Nasional (PN) akan menambah baik dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor yang pro rakyat termasuk menambah peruntukan, sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Selangor, kata pimpinan gabungan.

PN juga mahu memastikan kebajikan dan ekonomi rakyat Selangor diurus dengan lebih baik sekiranya pengundi memberi mereka peluang untuk mentadbir negeri itu selepas pilihan raya negeri yang dijangka pada Ogos ini, kata Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir.

Katanya, PAS berpengalaman membentuk polisi dan dasar kerajaan kerana pernah 10 tahun bersama dalam kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PKR sejak 2008.

Pada masa itu, PAS menyertai gabungan Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR dengan wakil rakyat mereka turut dilantik sebagai anggota pentadbiran negeri Selangor.

“Kita akan teruskan apa yang telah dimulakan sebelum ini, untuk memasyarakatkan ekonomi Selangor dan mengurangkan jurang masyarakat antara di bandar dan luar bandar.

“Pembangunan antara luar bandar dan bandar dilihat seperti tidak seimbang,” katanya, kepada The Malaysian Insight.

Sejak Mei 2018, di bawah pentadbiran Menteri Besar Amirudin Shari, Selangor melaksanakan 45 program melalui dasar pro rakyat dikenali Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang diperbaiki daripada pentadbiran sebelumnya.

PAS berada dalam pentadbiran Selangor di bawah menteri besar Allahyarham Khalid Ibrahim pertama kali selepas Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan mandat di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ia kekal dalam kerajaan Selangor pada penggal berikutnya bawah menteri besar Mohamed Azmin Ali yang ketika itu timbalan presiden PKR.

“Daripada 15 tahun (pentadbiran PKR) 10 tahun bersama dengan PAS, kebanyakan pelan Khalid dan Azmin semasa menjadi menteri besar itu idea kita juga tapi kredit kepada mereka,” jelas Roslan.

Sepanjang tempoh itu juga, hampir 15 wakil rakyat PAS bersilih ganti pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri di samping pimpinan akar umbi mereka dilantik sebagai ahli majlis dan pimpinan masyarakat termasuk ketua kampung.

Pentadbiran kerajaan negeri Selangor ketika itu memperkenalkan beberapa inisiatif prorakyat dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang memberi fokus kepada kumpulan sasar dan golongan memerlukan.

IPR dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri merangkumi 26 insentif untuk membantu dan meringankan keperluan rakyat khususnya mereka berpendapatan rendah.

Pada 2015, PAS memutuskan kerjasama politik dengan komponen PR dan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH) bersama parti baharu yang merupakan serpihan PAS, Amanah.

Pada PRU14, PH yang disertai Bersatu mengukuhkan kedudukan di Selangor apabila menguasai 51 daripada 56 kerusi.

Bersatu waktu itu mempunyai lima Adun dengan seorang daripadanya dilantik sebagai exco iaitu Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid As’ari.

Selepas menarik diri daripada PH dalam episod politik Langkah Sheraton, Bersatu dan PAS menubuhkan gabungan PN yang turut disertai Gerakan.

Roslan berpendapat rakyat Selangor sudah biasa dan berpengalaman dengan cara pentadbiran PAS kerana sepanjang waktu itu, pimpinan rakyat di peringkat bawah seperti kebanyakan ketua kampung di Selangor terdiri daripada akar umbi PAS.

“Orang dah ada pengalaman perkhidmatan PAS jadi tidak mustahil mereka akan balik semula (mengundi PAS),” kata Roslan.

Roslan juga berkata PN akan turut memberikan tumpuan kepada pengundi Melayu kerana mereka majoriti penduduk Selangor.

“Teras kita adalah kawasan Melayu, undi terbesar kita pada PRU15 adalah orang Melayu.

“Program (rancangan) banyak (akan) memperbetulkan semula kedudukan ekonomi mereka yang terpinggir termasuk orang Melayu, bukan sahaja Melayu luar bandar tapi juga di bandar.

“Di kawasan Gombak, Ampang contohnya, isu kawasan perumahan tak tersusun, tak sepatutnya itu berlaku di Selangor,” tambahnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Bersatu Selangor Azman Yaakob pula berkata selain menambah baik program-program berteraskan rakyat, kerajaan PN katanya memberikan pengkhususan kepada anak muda di samping isu perut dan ekonomi.

“Kita akan beri tumpuan lebih kepada anak muda ini sebagai pengundi yang mampu beri perubahan masa akan datang.

“Merekalah yang perlu diambil tahu, dijaga, khususnya tentang isu terkait sukan, aktiviti rekreasi, peluang pekerjaan, dan ekonomi yang lebih baik.

“Kita juga tidak melupakan isu seperti rumah mampu milik, di seluruh negeri Selangor dan skop sara hidup yang kita sebut sebagai ‘bread and butter’,” katanya. – 4 Jun, 2023.

PAS BERJAYA

DI KELANTAN

BERI SEMUA

RUMAH TEH TARIK

SETIAP HARI

AMIN

30 TAHUN

TEH TARIK

NON STOP 

UNTUK WARGA

KELANTAN

AMIN

TEH TARIK

SATU KEJAYAAN

KERAJAN TALIBAN

AMIN

KINI TALIBAN

 MAHU SALUR

TEH TERIK

NON STOP

 KE SELANGOR

AMIN

AWAS ! 

TEH TARIK DARI

TALIBAN KALAU

TAK MINUM

KENA ROTAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: