Ahad, 18 Jun 2023

TAN SERI KITA SIANG TUTUP MULUT


Wanita ditahan bantu siasatan muat naik kenyataan berbaur penghinaan

SEORANG wanita yang sedang hamil enam bulan ditahan bagi membantu siasatan memuat naik kandungan di media sosial berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penganugerahan pingat kepada Lim Kit Siang.

Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata wanita berusia 32 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara 13 Jun lepas.

“Pada 7 Jun 2023 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan daripada orang awam mengenai beberapa kandungan di media sosial yang berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

“Susulan itu pada 13 Jun 2023 pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung memuat naik kandungan di media sosial berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata berdasarkan siasatan awal selain penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong wanita itu juga dipercayai turut mengaitkan Lim sebagai pencetus rusuhan 13 Mei 1969.

Khaw berkata susulan penahanan wanita itu polis merampas beberapa bahan bukti antaranya komputer riba, telefon bimbit dan kad sim milik wanita itu untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata wanita berkenaan kemudian dibebaskan dengan jamin polis pada hari sama kerana mendakwa sedang mengandung enam bulan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 oleh USJT Bukit Aman. – Bernama, 18 Jun, 2023.

TAHNIAH

 PADA AGONG

 KIT SIANG

JADI TAN SERI

AMIN

INI CARA TERBAIK

TUTUP MULUT DIA

AMIN

DAH ADA TAN SERI

TAK PERLU KOMEN

BANYAK TENTANAG

ISLAM & MELAYU

AMIN

TAN SERI LIM

JANGAN KEMPEN

UNTUK TALIBAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: