Rabu, 26 Julai 2023

PARTI DAP ADA MAHARAJA



'Maharaja' buat semua keputusan di P Pinang, kata pemimpin DAP digugurkan

SELEPAS digugurkan sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang, penyandang kerusi Bagan Dalam daripada DAP, M Satees membidas parti yang ia dalam bahaya kerana dikawal oleh “maharaja”.

Kenyataan ini dibuat sehari selepas namanya tersenarai dalam mereka yang digugurkan sebagai calon dan mendakwa “maharaja” cuba menghapuskan mereka yang tidak patuh kepada perintah tertentu.

“Mereka kata (alasan beberapa bekas Adun digugurkan demi) pembaharuan, darah baharu dan lain-lain. Alasan sebenar ialah seorang individu mahu menguasai Pulau Pinang.

“Saya percaya Pulau Pinang kini berada dalam kedudukan berbahaya dengan satu individu membuat semua keputusan. Pulau Pinang mencapai kemajuan yang membanggakan, tetapi itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk membenarkan mana-mana diktator berleluasa di sini.

“Kami mempunyai sistem demokrasi, kami tidak memerlukan mana-mana maharaja. Kepada maharaja, saya katakan yang anda tidak akan menjadi maharaja buat selama-lamanya. Rakyat Pulau Pinang bukan bodoh,” katanya dipetik sebagai berkata semasa sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Bekas Adun Bagan Dalam itu tidak menamakan individu yang disifatkannya sebagai maharaja tetapi mendakwa semua penyandang yang digugurkan adalah sehaluan dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Semalam, DAP mengumumkan 19 calon, termasuk tujuh muka baharu, untuk bertanding pada PRN bulan depan, dengan Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy turut digugurkan daripada senarai.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, ketika mengumumkan senarai nama itu, berkata Chow dan pengerusi parti Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi masing-masing, Padang Kota dan Air Putih.

Bagaimanapun, beliau berkata P Ramasamy dan empat exco lain digugurkan daripada bertanding.

Mereka ialah Chong Eng, Phee Boon Poh, Soon Lip Chee, dan Yeoh Soon Hin. – 26 Julai, 2023.

WOIT

HEBAT PARTI DAP

 CUKUP HEBAT

KAH KAH KAH

DULU ADA

TOK KONG

KAH KAH KAH

SEKARANG ADA

MAHARAJA

KAH KAH KAH

BOLEH KAH

TOK KONG JADI

MAHARAJA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT jangan lupa PN dah ada Mahazalim