Rabu, 26 Julai 2023

SAPA KENCING YB INI ?


Tak jadi calon DUN Ampangan, Rafie mahu bincang dengan Anwar

SEREMBAN – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan,  Mohamad Rafie Ab Malek mengakui tersentak apabila tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan itu mendakwa, situasi itu berlaku adalah kerana ada individu tertentu yang merasakan dirinya tergugat jika beliau masih berada dalam kerajaan negeri.

“Pencapaian cemerlang serta nilai keperibadian dengan integriti yang baik yang ada pada saya menjadi ancaman kepada individu tersebut.

“Maka individu ini dan rakan-rakannya di peringkat pusat telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan saya dikeluarkan daripada kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Majlis pengumumkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Negeri Sembilan malam kelmarin agak panas apabila sekumpulan ahli PKR mendesak calon bagi kerusi DUN Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman ditukar.

Sebelum ini, ramai yang menjangka Mohamad Rafie yang menyandang kerusi berkenaan selama sepenggal sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dikekalkan.

Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan itu memberitahu, beliau sedang berusaha untuk memaklumkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk menilai semula pencalonan kerusi DUN Ampangan.

“Anwar perlu membuat perubahan ini kerana kaji selidik di kawasan Ampangan menunjukkan secara majoriti mahukan saya meneruskan perkhidmatan,” jelasnya.

Mengimbau kembali perkhidmatannya selama sepenggal, Mohamad Rafie berkata, umum mengetahui beliau telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat di Ampangan dan memajukan Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pembangunan di Ampangan dalam tempoh sepenggal di bawahnya jelas rancak membangun dengan pasar moden empat tingkat menggantikan pasar lama yang uzur, Kompleks Komuniti Ampangan setinggi tiga tingkat mengantikan balai penghulu yang lama, Dataran Ampangan yang mengindahkan Benteng Ampangan dan Jejantas Ampangan.

“Hampir kesemua kemudahan awam seperti balai raya, gelanggang futsal, gelanggang takraw dan pelbagai lagi telah dinaik taraf dan kondusif untuk digunakan.

“Masalah banjir yang kerap berlaku telah berjaya saya selesaikan dengan baik,” katanya.

Mohamad Rafie menambah, prestasinya selaku Exco kerajaan negeri juga amat cemerlang selain dikenali dengan nilai integriti yang tinggi.

“Tidak ada satu pun terbabit dengan salah guna kuasa, rasuah, nepotisme, kronisme atau apa-apa yang mencemarkan keperibadian saya,” jelasnya. –


YB INI KECEWA

DIA KENA KENCING

KAH KAH KAH

INI PERKARA BIASA

NAMA TAK NAIK

NAMA DI GUGUR

AMIN

KALAU NAK BANTU

RAKYAT TAK

PERLU JADI YB

AMIN

BANYAK CARA

BOLEH DIBUAT

AMIN

TAK PERLU

GILA JADI YB 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: