Ahad, 9 Julai 2023

PERANG LAWAN KENCING MANIS


Malaysia pertimbang perang terhadap diabetes – Zaliha

SEREMBAN – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan perang terhadap diabetes, seperti yang telah dilakukan dilakukan di Singapura.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu diyakini berkesan untuk mengelakkan lebih ramai rakyat menghidap penyakit tersebut.

Untuk rekod, Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes yang tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Menurut beliau, pada masa ini, kerajaan menanggung kos kira-kira RM4.9 bilion setahun untuk menangani masalah diabetes di negara ini.

“Apabila pesakit-pesakit mengalami diabetes, dia dapat komplikasi, akan beri kesan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana belanjawan digunakan sepenuhnya untuk merawat pesakit,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kohort Diabetes Seremban (SeDia) di sini, hari ini.

Sebelum itu, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli berangkat ke majlis pelancaran Kohort SeDia.

Berangkat sama, Tunku Besar Seri Menanti merangkap Pengerusi IMU Health Sdn Bhd, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Berhubung SeDia, Dr Zaliha memberitahu, kajian yang dijalankan secara bersama oleh KKM dan International Medical University (IMU) itu akan mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun.

Beliau menambah, kajian tersebut akan melihat tentang faktor penyebab diabetes khususnya dari segi genetik, ekonomi dan persekitaran.

“Kajian ini apabila kita dapat kelak kita boleh melihat di mana intervensi yang boleh kita lakukan terhadap pesakit.

“Kemungkinan kiita boleh lakukan kerjasama dengan pelbagai pemegang taruh termasuk Kementerian Pendidikan dan universiti,” jelasnya.

Dr Zaliha berkata, kesedaran masyarakat juga akan dipertingkatkan khususnya dari segi pemakanan sihat agar mereka mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. – 


PERTAMA GUNA

KENCING MANIS

BAGI SEMUA FAHAM

AMIN

SOKONG PERANG

LAWAN

KENCING MANIS

AMIN

GUNAKAN KETUM

HERBA TERBUKTI

BOLEH LUPUS

KENCING MANIS

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perang kencing manis? perang dulu jangan bagi masuk koka kola, megi, ramlee berger, keropok jajan dalam plastik, kentang goreng, ajinomoto, goreng pisang. lepas tu kempen kurangkan makan nasik, wajibkan makan sayur hijau banyak.