Ahad, 9 Julai 2023

RUMAH KENA TEMBAK



Tujuh saksi dipanggil bantu siasatan kes tembak – Polis Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan telah memanggil tujuh saksi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap rumah seorang penjawat awam di Kampung Guntong dekat Kok Lanas, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti motif kejadian dan sedang mendapatkan maklumat baharu untuk diteliti.

“Kami akan melihat daripada pelbagai sudut dan kenal pasti motif di sebalik kejadian termasuk kemungkinan dendam,” katanya.

Semalam media melaporkan, sebuah keluarga di Kampung Guntong, Kok Lanas, di sini berdepan detik cemas apabila rumah dan kenderaan mereka dihujani tembakan daripada individu tidak dikenali.

Pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemukan beberapa kesan tembakan pada rumah itu serta pada kenderaan berhampiran.

Susulan kejadian itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Mohd Ridhuan Ismail dengan menelefon 019-2454224 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- BERNAMA


WOIT

PENJAWAT AWAM

NI KERJA APA?

AMIN

SAJE TANYA

JNGAN MARAH

KAH KAH KAH

KELAMRIN ADA

LAPORAN RUMAH

PEGAWAI POLIS

KENA BEDIL

AMIN

KES SAMA KE ?

GEDEBE LAWAN

GEDEBE 

AMIN

ADA JANJI

TAKK TUNAI KE 

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: