Ahad, 13 Ogos 2023

PROJEK TENDANG ANWAR MASIH WUJUD KATA HADI


Perikatan masih mampu rampas Putrajaya, kata Hadi


PERALIHAN kuasa di peringkat pusat masih boleh berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi tiga negeri daripada enam yang disasarkan, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata keputusan dalam enam pilihan raya negeri (PRN) itu menunjukkan sokongan terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Penolakan terhadap parti kerajaan perpaduan itu juga dapat dilihat melalui peratus keluar mengundi yang rendah, katanya.

“Walaupun PN tak menang tapi boleh berlaku perubahan. Memang PN tak menang di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang tapi banyak kerusi yang kita menang, PN dapat.

“Ini menunjukkan perubahan yang baharu bermakna sokongan PH merosot.

“Ini termasuk undi peratusan keluar yang rendah, bagi saya ini menunjukkan undi protes terhadap PH,” katanya dalam sidang media di Masjid Rusila, Terengganu malam tadi.

Dakwaan mengenai pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan antara modal utama PN dalam kempen yang berakhir pada Jumaat.

Hadi yang menganjurkan isu itu antara lain mendakwa satu parti politik dalam kerajaan perpaduan akan menyokong PN bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Perkara itu akan berlaku sekiranya gabungan tersebut berjaya menguasai kesemua enam negeri dalam PRN yang berlangsung semalam.

Beliau menyatakan demikian bagi menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan penuh daripada parti-parti gabungannya.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/456242

Dalam PRN yang berlangsung semalam, PN berjaya mengekalkan Terengganu, Kedah dan Kelantan manakala PH kekal di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

PN juga menyapu bersih semua 32 kerusi negeri di Terengganu dan juga kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil yang berlangsung serentak.

Di Kedah, PN menumbangkan ramai pemimpin kanan PH dan turut menafikan majoriti dua pertiga parti kerajaan perpaduan di Selangor. – 13 Ogos, 2023.



WOIT

KAH KAH KAH

HADI MASIH

TERAJANG ANWAR

KAH KAH KAH

MACAM MANA

PROJEK INI

AKAN BERJALAN

TIDAK JELAS

KAH KAH KAH

INI ABIM GANU

LAWAN ABIM PUSAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: