Selasa, 7 November 2023

ADA 7 JUTA PENAGIH



Polis rampas dadah
 
bernilai RM306.31j

 sepuluh bulan

 pertama

 tahun ini
SHAH ALAM – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM 306.31 juta bagi tempoh antraa Januari hingga 31 Oktober lalu.

Ketua Polis Selangor, Komisioner  Hussein Omar Khan berkata, rampaan tersebut membawa kepada tangkapan 18,911 orang individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.

“Daripada jumlah tangkapan itu, seramai 609 orang adalah pengedar yang sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta 15 kali sebatan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media pelupusan barang kes jenayah Narkotik kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Rampasan yang dilakukan itu melibatkan pelbagai jenis dadah seberat 3,973.26 kilogram, termasuk syabu (2,244.12 kg), 387,215 pil erimin 5, 118,512 pil kuda; 99,550 pil esktasi, 346.53 liter kodein, 5,525.08 liter cecair ketum dan 8.93 gram candu masak.

Menurut Hussein, dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kegunaan 7.4 juta penagih dadah.

Sementara itu, beliau memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menumpaskan 29 sindiket pengedaran dadah membabitkan empat kes makmal memproses dadah secara haram.

Katanya, pihaknya turut menyita aset-aset milik pengedar dadah berupa wang tunai, kenderaan, hartanah dan hartanah bernilai RM11.43 juta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988  untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

“Dalam tempoh lima tahun ini, seramai 2,132 orang penagih dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 15(1)(a) dan dihukum di bawah Seksyen 39C ADB 1952 sementara sebanyak 24 orang lagi telah disabitkan dengan hukuman gantung sampai mati seperti mana diperuntukkan undang-undang di bawah Seksyenn 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ditanya mengenai pelupusan barang kes narkotik pada hari ini, Hussein berkata, ia melibatkan bahan kimia dan dadah yang akan dilaksanakan di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan oleh syarikat yang dilantik.

Katanya, pelupusan tersebut membabitkan pelbagai jenis dadah sebanyak 1,991.26 kilogram seperti syabu, heroin, ketamin, pil ekstasi dan  erimin 5 bernilai RM42.26 juta. – 



WOIT

HAMPIR 8 JUTA

PENAGIH DADAH

AMIN

INI BERAT

UNTUK NEGARA

AMIN

MASA DAH SAMPAI

KELUARKAN 

KETUM DARI

SENARAI DADAH

AMIN

KETUM UBATAN

TRADISIONAL MELAYU

BERI TENAGA TIDAK

KETAGIH

AMIN

YANG DI TANGKAP

MAT PET

BUKAN TOWKAY

BESAR 

YANG BERTAN SERI

YANG BERDATUK

AMIN

YANG KENA

GANTUNG TOKAN

CIPUT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: