Rabu, 8 November 2023

MUDA MUDA LAGI DAH ADA KES RASUAH


Bebas atau bersalah, nasib Syed Saddiq diketahui esok

NASIB Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada bebas atau bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid dijadual membacakan keputusannya pada 9 pagi.

Pada 14 Mac lepas pembelaan menutup kes setelah memanggil Syed Saddiq dan tiga saksi lain iaitu bekas Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin, Mohamed Amshar Aziz (bekas Pegawai Khas Syed Saddiq) dan Siti Nurul Hidayah (bekas Setiausaha Peribadi Syed Saddiq) pada prosiding membela diri yang bermula 22 Februari lalu.

Pendakwaan pula mengemukakan 30 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 21 Jun tahun lepas.

Antara yang memberi keterangan ialah ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali serta Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Hidayah Kamarudin, Syahmeizy Sulong dan Asbi Munip.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Pada 28 Oktober 2022 Mahkamah Tinggi memerintahkan Syed Saddiq membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di Kuala Lumpur antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa maksimum maksimum penjara lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Presiden Muda itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi kesalahan ini beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

Sebelum ini bagi kes bersubahat melakukan pecah amanah dan salah guna harta Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur manakala kes pengubahan wang haram disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes pengubahan wang haram ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes pecah amanah dan salah guna harta.

Pada 25 November 2021 Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq supaya kesemua kes dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. – Bernama, 8 November, 2023.


KESIAN

MUDA MUDA

LAGI DAH ADA

KES RASUAH

KAH KAH KAH

KALAU BERSALAH

INI BUKTI MADANON

LAWAN RASUAH

KAH KAH KAH

KALAU TAK SALAH

INI BUKTI MADANON

BUKAN BERAT

PADA ZAHID SAJA

AMIN

MACAM KES

PENJARA WAN JI

SATU PERSEDIAAN

UNTUK KENAKAN

SANUSI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: