Selasa, 26 Disember 2023

AKSI KEPONG KEDUTAAN AMERIKA


GAZA: NGO piket, berkhemah enam malam dekat Kedutaan AS

KUALA LUMPUR – Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) dijadual mengadakan bantahan dan berkhemah di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selama enam malam bermula esok.

Tindakan itu diambil selepas Amerika Syarikat berulang kali menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpinan Agung PBB untuk mensabotaj usaha perdamaian di Gaza.

Negara tersebut juga merupakan pembekal senjata dan kewangan terbesar kepada tentera Israel yang menyerang Gaza tanpa henti hingga menyebabkan lebih 20,000 penduduk maut.

Bantahan yang dikenali sebagai “Kepung Demi Palestin” merupakan inisiatif oleh warga Malaysia yang peduli dan merupakan respon rakyat Malaysia yang cintakan keamanan terhadap krisis genting yang menuntut tindakan segera

“Aksi bertindak ini akan diadakan secara aman. Kami akan membuka khemah dan tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara solidariti setiap malam, dan memasang bendera dan simbol perjuangan rakyat Palestin.

“Kami juga merancang satu himpunan mega diadakan sebagai grand finale pada 31 Disember sebagai acara penutup.

“Justeru, kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit, serta mereka yang bersolidariti bersama rakyat Palestin, atas semangat kemanusiaan untuk bersama dalam aksi ini,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Kumpulan itu antara lain menutut supaya menamatkan pembunuhan sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin termasuk bayi, kanak-kanak dan wanita.

Mendesak supaya gencatan senjata segera, kekal dan tanpa syarat dan mahu semua pihak bertindak mengikut undang-undang antarabangsa.

Kumpulan itu juga menggesa supaya pertempuran dihentikan untuk menangani keperluan segera orang awam di Gaza serta mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk sebuah negara yang berdaulat.

“Sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan, kami sedih mendengar, membaca dan melihat pengeboman membuta tuli terhadap orang awam, rumah dan hospital.

“Serta pembunuhan beramai-ramai terhadap nyawa tak berdosa, anak-anak, bayi, perempuan dan laki-laki yang dilakukan siang dan malam oleh angkatan bersenjata Israel.

“Pengeboman dan pengepungan Israel tanpa henti terhadap Gaza telah memburukkan bencana kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan genosida yang berkepanjangan di zaman moden,” katanya.

Turut terlibat dalam tindakan itu adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), BDS Movement Malaysia, Viva Palestina Malaysia (VPM), organisasi politik dan pertubuhan mahasiswa. 

KITA JUMPA

MALAM INI

AMIN

KITA BERKAMPUNG

DI JALAN AMPANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: