Isnin, 18 Disember 2023

BERITA BAIK ?



Kerajaan tidak bercadang laksana PKP, kata menteri

MALAYSIA tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah mengekang lonjakan kes Covid-19 semasa, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

“Saya akui jangkitan Covid-19 di Malaysia semakin meningkat.

“Namun, buat masa ini, saya rasa tidak perlu melaksanakan sekatan pergerakan seperti yang kita lakukan sebelum ini,” kata menteri kesihatan baharu itu pada sidang media mengenai situasi semasa Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dzulkefly berkata keputusan tidak mengenakan PKP walaupun Malaysia melaporkan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini.

Membandingkan angka itu, menteri kesihatan yang baharu itu berkata jangkitan bagi epidemiologi minggu ke-50 untuk 2023 (EW50/2023) meningkat sebanyak 62.2% kepada 20,696 antara 10 dan 16 Disember.

Dalam EW49/2023, Malaysia mencatatkan 12,757 kes, manakala angka itu ialah 6,796 pada EW48/2023.

Dzulkefly berkata 97% daripada jangkitan baharu adalah dalam kategori kurang teruk iaitu 1 dan 2, manakala 619 (3%) kes adalah dalam kategori serius iaitu 3, 4 dan 5.

Seramai 151 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 96 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dzulkefly juga berkata kementerian merangka strategi lima perkara untuk menangani peningkatan kes baru-baru ini. – 18 Disember, 2023.

BUAT MASA INI

TAK PERLU

AMIN

AKAN DATANG

TAK PASTI

AMIN

BAGAIMANA DGN

SCAM PFIZER

AMIN

BOLEH SAMAN

KE TIDAK ?

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat la ape cerita pun menteri baru ke menetri lama ke, semua dah nampak canggung... Pm umum dapat pelaburan baru ke, inject ekonomi ke, ape ke.. pun nilai duit makin junam... Lancau la ckp alasan ekonomi dunia ke, perang ke... Duit thai tak junam pun, duit indon tak junam pun... Lembab la