Isnin, 18 Disember 2023

POLIS DAN KENCING


Polis dalam kes pelajar dilanggar di Ipoh negatif dadah

POLIS menerima 12 laporan berhubung insiden di mana seorang pelajar tingkatan lima terbunuh selepas dikatakan dilanggar kereta dipandu pegawai kanan polis di Ipoh, perak.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan pemanduan cuai hingga menyebabkan kematian dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Beliau berkata pegawai polis terbabit yang berusia 44 tahun, ditahan pada Jumaat, dan ujian sampel air kencingnya didapati negatif ujian dadah,” katanya dipetik daripada The Star.

Pada Jumaat, dilaporkan mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, mati di tempat kejadian di Jalan Taman Jati dalam kejadian pada 12.40 tengah hari.

Bedah siasat mendapati pelajar calon SPM di SMK Jati itu meninggal dunia akibat kecederaan di dada dan perut.

Suspek ditahan reman tiga hari hingga Isnin bagi membantu siasatan. – 17 Disember, 2023.

 WOIT

INI KES BUNUH

BUKAN KES DADAH

KAH KAH KAH

APAKAH TAKUT

MEMBUNUH

KETIKA MENDADAH

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan orang tahu pun. Saringan ujian kencing tidak dibuat dihadapan pihak ketiga sebagai saksi. Itulah kelemahan PDRM, selain boleh tuduh, atau bebaskan atau kowtim. Menteri KDN sebuk kipas bukan reformasikan peraturan dan undang².
Yang menteri sebelum ni pun tak payah sebuk. Korang pun korup dan macam sial jugak.

Tanpa Nama berkata...

Macamana nak jaga rakyat? Yang nampak semua buruk belaka? Walau pakai songkok walau pakai kopiah tapi perangai asal usul tetap sama, tak boleh wayang tinggi dimana saja kah kah kah ada sesuai kerja kilang diberi jadi manager rosak woit