Rabu, 7 Februari 2024

ADA ANJING DALAM PAKATAN


PH perlu tegas, jangan jadi bacul – UMNO Kedah

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) digesa untuk tegas dalam menegur pemimpin-pemimpinnya daripada membuat kenyataan yang boleh menggugat kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah,  Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sekiranya tindakan tegas tidak diambil oleh pucuk pimpinan PH dalam menegur ahli-ahlinya, ia akan memburukkan imej kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

“PH perlu menjadi tegas dalam isu ini! Anjing anjing luar pagar seperti mereka ini perlu dibuang dan dikeluarkan daripada parti. Kalau tidak, parti akan nampak lemah dan menyerah sahaja. Simpan lama lama pun tiada guna, jadi pekasam sahaja nanti.

“DAP juga perlu ada pendirian yang tegas kepada ahli ahli parti mereka yang masih lagi mempunyai sumpah dan taat setia kepada Dinasti Lim. Ahli ahli yang berhaluan kiri dan tidak sehaluan dengan pendirian parti perlu diambil tindakan tegas sebelum perkara ini menjadi barah dalam kerajaan dan kerjasama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Shaiful Hazizy dibuat ekoran beberapa pemimpin dan bekas pemimpin PH yang kini lantang bersuara dalam pelbagai perkara.

Antaranya Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang masuk campur dalam urusan UMNO yang mana menggesa agar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi digantikan dan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Shaiful Hazizy berkata, PH perlu berani seperti UMNO yang bertindak ‘membersihkan’ parti itu dari dalam bagi memastikan parti tidak dilihat buruk di mata masyarakat.

“Kalau UMNO pun berani untuk membuang Isham Jalil, yang bukan bukan calang calang jawatan, ahli MKT UMNO dengan kesalahan yang sama seperti Hassan Karim mengkritik penyatuan Kerajaan Perpaduan.

“Jikalau PH mahu kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan ini diteruskan buat masa yang lama, mereka perlu singkirkan parasit parasit dalam parti mereka, kerana parasit parasit ini lah yang akhirnya akan mencetuskan perbalahan dan menyukarkan kerjasama ini untuk menjadi yang terbaik,” katanya lagi.

Pada Disember tahun lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengambil keputusan untuk memecat Isham Jalil daripada parti itu serta-merta.

Keputusan itu dipercayai mengenai tindakanya yang lantang mengkritik kepimpinan parti MT UMNO terutama berkaitan keputusan bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan dan selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilih Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini. – 

UMNO KATA

ADA ANJING

DALAM PAKATAN

AMIN

PAKATAN  KATA

ADA BIAWAK 

DALAM UMNO

AMIN

PAKATAN TERPAKSA

PIKUL KAVADI

BIAWAK HIDUP

KHALAS


Tiada ulasan: