Rabu, 7 Februari 2024

GOOGLE ANTI ANTI IBRAHIM ?


Ringgit cecah RM6.24 bagi setiap AS$1 tidak tepat – BNM

KUALA LUMPUR – Data kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika (USD/MYR) yang tular di media sosial semalam adalah tidak tepat.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata,  laporan yang dikongsikan Google di media sosial diterbitkan itu menyaksikan 1 USD bersamaan RM6.24.

“Bagi USD/MYR, kadar pertukaran yang tidak tepat iaitu 6.24 telah dicatatkan melalui Google.

“Walau bagaimanapun, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 dengan 4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan melalui laman sesawang BNM,” katanya di sini hari ini.

Oleh itu, Bank Pusat tersebut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung ringgit.

Semalam, laporan oleh Google itu menimbulkan kekecohan di media sosial apabila ringgit didakwa menjunam ke paras terendah terbaru berbanding dolar AS.

Ia pantas menarik perhatian bekas Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang berkata, kesilapan daripada Google itu boleh mengundang bahaya kepada ekonomi negara.


Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Selasa berikutan laporan pekerjaan yang dikeluarkan pada minggu lalu selain isyarat kadar faedah tinggi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7570/7620 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7520 ketika ditutup pada Isnin.

Dolar AS kekal pada kedudukan lebih kukuh susulan data pembayaran gaji bukan ladang (NFP) yang dikeluarkan minggu lalu adalah lebih tinggi berbanding jangkaan.

Indeks Dolar AS (DXY) dilaporkan meningkat 0.53 peratus dalam tempoh semalaman kepada 104.452 mata. –


SATU DOLAR

JADI 6 RINGGIT

 LAPORAN GOOGLE

AMIN

PASAL APA

GOOGLE BERI

LAPORAN  INI ?

AMIN

ADAKAH GOOGLE

ANTI MADANI ?

JENG JENG JENG

BANK NEGARA

KATA INI BAHAYA

PADA EKONOMI

NEGARA

AMIN

KENAPA MENTERI

ANCAM

TIDAK  TUTUP

GOOGLE

TAKUT KAH ?

KAH KAH KAH

 BILA BUKIT AMAN

 NAK PANGGIL 

GOOGLE ?

KHALAS

Tiada ulasan: