Jumaat, 23 Februari 2024

BERAS MADANI APA DAH JADI ?


Kerajaan Madani digesa henti perjudikan beras rakyat

KUALA LUMPUR –  Kerajaan Malaysia Madani digesa untuk mengambil tanggungjawab untuk segera menyelesaikan krisis bekalan dan harga beras tempatan.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Zurk Ahmad berkata pihaknya kecewa dengan sikap dan strategi kerajaan Madani dalam mengurus krisis yang kian menghimpit rakyat.

“Krisis ini telah berpanjangan dan berlarutan sehingga menjejaskan perbelanjaan harian rakyat khususnya dalam kalangan miskin bandar.

“Kerajaan wajib ambil tanggungjawab untuk selesaikan isu ini secara dedikasi, serius dan fokus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor sebelum ini berkata, cadangan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani di pasaran didakwa bakal memberikan kesan terhadap kos hidup rakyat.

Yang Dipertuanya, Noorman Kamsari berkata, ini kerana beras Madani ini cuma lebih kepada penjenamaan semula dengan harga baharu yang lebih malah daripada harga beras tempatan.

Mengulas lanjut, Zurk berkata, pertembungan politik dalaman serta kegagalan kerajaan mengurus dasar dan polisi semasa menambahkan luka serta kekecewaan rakyat.


ISU BERAS

MASIH BELUM

SELESAI

AMIN

ISU RINGGIT

MUSTAHIL AKAN

SELESAI

AMIN

MALAH BERAS

DAN RINGGIT

MAKIN PARAH

AMIN

Tiada ulasan: