Jumaat, 23 Februari 2024

RINGGIT JATUH LAGI


Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh dalam persekitaran data ekonomi AS yang berdaya tahan, kata pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7745/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7710/7800 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi AS terus mengabaikan jangkaan pasaran yang boleh membawa kepada sokongan berterusan untuk dolar AS.

Beliau berkata tuntutan pengangguran awal lebih rendah daripada jangkaan sebanyak 201,000 pada minggu lepas berbanding anggaran konsensus sebanyak 217,000 manakala sentimen pengeluar naik kepada 51.5 mata pada Februari, bulan kedua berturut-turut melebihi paras 50 mata.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal rendah berbanding dolar AS, berada dalam julat RM4.77 hingga RM4.78. Data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia akan dikeluarkan hari ini dengan konsensus kekal stabil pada 1.6 peratus pada Januari, naik sedikit daripada 1.5 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pada 1.6 peratus, kadar faedah sebenar sebanyak 1.4 peratus yang masih melebihi purata jangka panjang 0.6 peratus. Justeru, pendirian dasar monetari boleh dilihat terbatas.

“Oleh itu, skop untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih tinggi adalah terhad,” katanya kepada Bernama.

RINGGIT

JATUH LAGI

KAH KAH KAH

WAT IS DE BEKOS

AMIN

PASAI APA

DUIT SIAM

TAK JATUH?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: