Ahad, 31 Mac 2024

KENA SCAM PEGAWAI POLIS


Rugi RM400,000 diperdaya 'Inspektor Hazizi'

POH: Seorang ahli perniagaan di Taiping mengalami kerugian RM418,200 akibat ditipu sindiket phone scam membabitkan modus operandi penyamaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak,  Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan hari ini berkata polis menerima laporan berkenaan penipuan itu daripada seorang lelaki iaitu pengadu terbabit yang merupakan warga tempatan berusia 36 tahun, jam 4 petang semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa menerima panggilan telefon seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis bernama Inspektor Hazizi jam 10 pagi, pada 27 Februari lalu.

Suspek memberitahu mangsa bahawa namanya telah terlibat dengan kes jenayah, selain menghantar satu waran tangkap yang dikeluarkan atas nama mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

"Pengadu (mangsa) juga diberitahu oleh suspek bahawa dia telah membuat semakan dengan Bank Negara Malaysia dan mendapati pengadu mempunyai simpanan tetap di bank. Pengadu diarahkan untuk membuat penukaran daripada akaun simpanan tetap miliknya ke akaun simpanan biasa," katanya.

Mohd Yusri berkata mangsa tidak pasti bagaimana suspek mendapat tahu maklumat akaun tetap miliknya kerana tidak pernah memberikan sebarang maklumat kepada suspek sebelum ini.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa agar melakukan pembayaran wang seperti yang diarahkan sekiranya mahu terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Oleh kerana dalam keadaan ketakutan dan cemas, pada 27 Februari hingga 26 Mac lalu, pengadu telah melakukan tujuh kali transasksi pindahan wang ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM418,200," katanya menambah setelah sedar ditipu, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu). – BERNAMA

SOALAN YG

WAJIB DITANYA

MENGAPA MANGSA

JADI TAKUT DAN

CEMAS

AMIN

DITUDUH ADA

KES JENAYAH

AMIN

JIKA TAK TERLIBAT

KENAPA TAKUT

AMIN

MANGSA JUGA

WAJIB DI SIASAT

AMIN

KHALAS


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tambah sikit t t. Camna suspek tau tentang akaun mangsa? Ada org dalam bg info? Itu la yg org takut nak isi padu, habis bogel. Huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan kerja mudah, kerja mudah curi susu kena tangkap, curi roti kena tangkap, scammer ini sindiket mesti ada lubang orang dalam bagi semua, siapa ada kes, siapa ada wang siapa ada lubang lama, siapa simpan betapa banyak, kah kah kah orang tak duit tak pernah kena scam kah kah kah sebab dia dah tahu awal jangan buang masa kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu, guna bom nuklear kasi semua terhapus! Ada berani?