Isnin, 29 April 2024

KASINO MADANI KE ?


Hak rakyat tuntut penjelasan, kata peguam bidas penangkapan aktivis ulas laporan kasino

Kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) mengecam penahanan seorang aktivis pembangkang yang memuat naik komen di Facebook berhubung dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan rundingan mengenai cadangan sebuah kasino di Johor, dan berkata rakyat berhak menuntut penjelasan tentang laporan diterbitkan Bloomberg itu.

LFL berkata Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, tidak melakukan apa-apa jenayah hanya kerana mengulas laporan diterbitkan pada 25 April itu, yang antara lain berkata Anwar bertemu dua taikun terkenal untuk membincangkancadangan membuka sebuah kasino di Forest City.

Laporan itu telah dinafikan Anwar.

"Laporan Bloomberg itu turut dilampirkan dalam kiriman tersebut. Di manakah jenayah yang dilakukan di sini? Hanya di bawah pemerintahan diktator sahaja seseorang ditangkap atas perkara seperti ini," kata pengarah LFL, Zaid Malek, sambil menambah tidak menjadi kesalahan mengulas sesuatu berita yang telah dilaporkan secara meluas.

"Lagi pun, apakah rakyat Malaysia tidak berhak untuk mempersoalkan sama ada Anwar dalam perbincangan membuka kasino?"

Anwar menyifatkan dakwaan Bloomberg itu sebagai pembohongan, walaupun tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut. 

Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".

Zaid berkata laporan itu mengandungi soal kepentingan awam dan orang ramai berhak menuntut jawapan.

"Adakah kita perlu terima sahaja kata-kata Anwar bahawa 'semua itu pembohongan' tanpa menyiasat lebih lanjut?" soalnya.

Beliau turut mengingatkan, pihak polis bertugas memastikan keselamatan awam dan "dan bukan untuk menjaga imej kerajaan atau Anwar Ibrahim".

Dalam laporan yang diterbitkan minggu lalu, Bloomberg berkata Anwar bertemu dengan ahli perniagaan Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting, serta wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk membincangkan sebuah cadangan membuka kasino di Forest City.

Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu, yang menyifatkan perbincangan itu masih di "peringkat awal".

Laporan itu muncul lapan bulan selepas Anwar mengumumkan penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City untuk meningkatkan ekonomi Johor dan menggiatkan semula projek mega itu yang kini dilabelkan "bandar berhantu".

'Nafi atau ambil tindakan sivil'

Zaid memperakui kerajaan sudah pun menafikan laporan itu.

"Mereka juga mengambil langkah selanjutnya iaitu tindakan sivil terhadap saluran berita yang bertanggungjawab atas berita yang didakwa palsu itu," tambahnya.

Chegubard ditahan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, meneruskan suatu trend di mana kerajaan pimpinan PH cuba mendiamkan pengkritiknya di bawah dua undang-undang drakonian yang pernah dibantah gabungan itu.

Langkah serupa dilakukan kerajaan Anwar berusia 17 bulan mengundang amaran badan hak asasi global Amnesty International, yang menyatakan dalam laporan terbarunya bahawa kebebasan bersuara di Malaysia berdepan ancaman.

LFL berkata, penangkapan terbaru itu menyerlahkan "kegagalan terang-terangan kerajaan Madani" dalam memenuhi janji mempertahankan kebebasan bersuara.

“Ini adalah tindakan paling jelas menunjukkan bahawa kerajaan nekad menghentikan sebarang wacana awam yang merosakkan imej kerajaan di mata pengundi dengan menyalahgunakan proses siasatan jenayah dan menyalahgunakan sumber polis.

"Bukan sahaja kerajaan hipokrit, ia juga langsung tidak menghormati Perlembagaan dengan mengabaikan jaminan kebebasan bersuara yang termaktub di bawah Perkara 10(1)(a)."

PASTI ADA

ORANG DALAM

YG BOCOR PADA

BLOOMBERG

AMIN

KALAU TAK MANA

BLOOMBERG TAHU

JENG JENG JENG

INI BUKTI

PENJAWAT AWAM

ANTI MADANON

KAH KAH KAH

BOCOR MAKLUMAT

BAGI RAKYAT

TIBAI ANWAR

KHALAS

1 ulasan:

abu qassim berkata...

KAH KAH KAH
Tolo nuar dh kono jontik..
Sapo lak yg monjontik ni?
Nuar nk cr namo..
Mulut eh tibai setannahyu..
Poi merato mulut tk jago..
Nk nunjuk handa..
Mmg kono main kek blakang la..
KAH KAH KAH