Isnin, 29 April 2024

SABOTAJ CARA BIJAK



Pengundi India perlu gesa Anwar benarkan Najib jalani tahanan rumah, kata Zaid

PENGUNDI India di Kuala Kubu Bharu (KKB) perlu menghantar mesej kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membenarkan Najib Razak menjalani hukuman secara tahanan rumah, kata bekas menteri Zaid Ibrahim.

Mengakui bingung dengan kesetiaan masyarakat India terhadap Anwar dan DAP, terutama ketika mereka tidak dapat apa pun daripada kerajaan, Zaid berkata kaum India boleh mendesak perdana menteri itu untuk melaksanakan titah adendum Agong itu.

“Kaum India masih terpinggir dan antara yang menerima gaji rendah di negara ini,” katanya di platform X hari ini.

Zaid berkata pengundi India di kawasan itu perlu ingat faedah yang mereka pernah terima ketika Najib mentadbir negara.

Katanya, ini adalah masanya untuk pengundi India di KKB mengenang Najib dan meminta kepada Anwar untuk membenarkan Najib menjalani hukuman secara tahanan di rumah.

Masyarakat India di KKB boleh menunjukkan kepada Umno apa maknanya untuk menjadi individu yang patuh undang-undang dan bersyukur, kata bekas menteri undang-undang itu.

“Jika India di KKB boleh buat, kerajaan yang dipimpin Melayu pada masa akan datang akan mengenang pengorbanan mereka. Mereka akan dapat balik balasannya.

“Jadi, pemimpin parti dan NGO India, bolehkah anda untuk pertama kalinya, berkumpul dan bersatu di sebuah kedai kopi di KKB, mendesak untuk Najib dibebaskan dari penjara?

“Ia akan menjadi hari yang bersejarah,” katanya.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah kes rasuah berkaitan dana RM42 juta milik SRC International, dan mula menjalani hukuman itu pada 23 Ogos, 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.

Pada Februari, hukuman penjaranya dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM50 juta oleh Lembaga Pengampunan.

Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah Adendum itu supaya bekas perdana menteri terbabit menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Mahkamah dijangka menyampaikan keputusan permohonan itu pada 5 Jun.

KKB, yang terdiri daripada pengundi Melayu 46%, Cina 30%, Indian 18% dan lain-lain 5%, akan mengundi pada 11 Mei.

Pilihan raya kecil itu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas. – 29 April, 2024.



CAILAKAK ZAID

DIA BIJAK

KAH KAH KAH

DIA TAHU CHINA

INDIA MELAYU

BENCI NAJIB

KAH KAH KAH

SENGAJA CADANG

NJIB BEBAS

KAH KAH KAH

INI NAK SABOTAJ

UNDI DAP

KAH KAH KAH

DAP MAHU NAJIB

TERUS DI KAJANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: