Isnin, 13 Mei 2024

ANWAR PRO ATAU ANTI ISRAEL ?



Polis panggil 5 aktivis anti-Israel bantah penyertaan syarikat senjata


Polis memanggil lima individu untuk memberi keterangan berhubung tunjuk perasaan anti-Israel di luar Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) pada 7 Mei lalu. 

Mereka yang terdiri daripada aktivis, bekas wakil rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) itu menerima notis daripada pihak polis melalui pesanan WhatsApp. 

Bercakap kepada MalaysiaNow, bekas pemimpin PKR Tian Chua berkata pihaknya masih dalam usaha menghubungi peserta lain yang berkemungkinan menerima notis sama. 

“Sebenarnya, kami semua baru sahaja berbincang bila untuk hadir ke sana.

“Saya masih belum memberi maklum balas kepada pihak polis.

“Tetapi kami akan beri kerjasama secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi MalaysiaNow. 

Minggu lalu, sekumpulan aktivis membantah penyertaan syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel dan digunakan terhadap serangan di Gaza di Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (Natsec) di Kuala Lumpur. 

Syarikat yang dimaksudkan ialah Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) selain daripada Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo. 

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak bantahan tersebut, dengan alasan syarikat-syarikat itu dibenarkan masuk Malaysia selagi tidak didaftarkan di Israel.

Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia "bangga" dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.

Pesawat F-16 dan F-35 buatan Lockheed antara yang digunakan Israel untuk mengebom Gaza, manakala pesawat C-130 Hercules untuk melakukan serangan darat.

Susulan itu, penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk mengutuk sebarang hubungan dengan syarikat yang menganjurkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, di samping melaungkan “Lockheed bangsat” dan “Free Palestine”. 

Dalam pada itu, Tian Chua turut menafikan cakap-cakap bahawa mereka akan ditangkap polis kerana tunjuk perasaan tersebut. 

“Tiada apa-apa yang mengancam kami, ianya hanya notis panggil untuk keterangan saksi. 

“Kami akan pilih satu tarikh dan hadir ke sana,” katanya.

HANYA SATU

SOALAN

AMIN

ANWAR IBARHIM

PRO KE ANTI

ISRAEL ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: