Isnin, 13 Mei 2024

KETUA POLIS JOHOR SAPA ?


Pengurus bangunan mengaku menyamar jadi Ketua Polis Johor

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap seorang suspek yang bertindak mengaku dirinya sebagai Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Suspek, A Ganasean, 51, yang merupakan seorang pengurus bangunan mengaku melakukan penyamaran itu bagi memperdayakan sebuah agensi penguatkuasaan untuk melepaskan 11 tahanan dengan tawaran RM1,500 setiap seorang.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

Ketika prosiding hari ini, tertuduh yang diwakili Narasimhan memohon kepada mahkamah supaya anak guamnya diberikan hukuman denda tanpa penjara memandangkan adanya keluarga perlu ditanggung tertuduh.

Kata Narasimhan, anak guamnya juga malu dengan perbuatan itu dan tidak akan mengulanginya lagi.

“Mohon jasa baik yang Arif supaya anak guam saya diberikan denda minimum tanpa hukuman penjara. Dia mempunyai tanggungan seperti isteri dan lima orang anak masih kecil,” hujahnya.

Namun Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, mahu mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

NASI BAIK

TAK KLIM DIA

SULTAN JOHOR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: