Khamis, 18 Julai 2024

ELON MUSK SOKONG TRUMP



Elon Musk janjikan lebih RM210 juta sebulan untuk dana sokong Trump
WASHINGTON: Jutawan teknologi Elon Musk merancang memberikan kira-kira AS$45 juta (RM210.4 juta) setiap bulan kepada dana baharu yang menyokong Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS), lapor Wall Street Journal semalam.

Sumbangan Musk akan disalurkan kepada kumpulan politik yang digelar America PAC, yang akan menumpukan agenda mempromosi pendaftaran pemilih, pengundian awal dan undi pos di beberapa negeri menjelang pilihan raya umum November, lapor Journal.

Musk, antara beberapa penyokong utama dana baharu itu, dengan yang lain dilaporkan termasuk pengasas bersama Palantir, Joe Lonsdale; bekas duta AS ke Kanada, Kelly Craft dan pelabur mata wang kripto, Tyler dan Cameron Winklevoss.

Pengasas Tesla itu secara rasmi mengesahkan sokongan terhadap pencalonan Trump untuk presiden AS Sabtu lalu selepas bekas presiden itu terselamat daripada tembakan di perhimpunan politik di Butler, Pennsylvania.

"Saya menyokong sepenuhnya Presiden Trump dan berharap untuk pemulihannya yang cepat," tulis Musk di X.

Musk, lelaki terkaya di dunia dengan anggaran nilai bersih AS$250 bilion, menjadi semakin rapat dengan Trump sepanjang pilihan raya AS 2024.

Pada Mac lalu, kedua-duanya bertemu secara peribadi ketika sarapan penderma yang dihoskan di kediaman bilionair Nelson Peltz di Florida.

Walaupun derma kempen individu di Amerika Syarikat dihadkan pada AS$3,300 setiap orang, kelemahan dalam sistem kewangan kempen membolehkan penderma mega politik menyumbang kepada dana yang dikenali sebagai jawatankuasa tindakan politik atau "PAC", yang menyokong calon.

Trump sebelum ini mengecam undian pos dan tidak hadir, tetapi telah menarik balik kritikannya selepas jelas Demokrat mempunyai kelebihan dalam kalangan pengundi pos.

TRUMP

MAKIN POPULAR

DARI BIDEN

AMIN

PELUANG TRUMP

JADI PRESIDEN

MAKIN CERAH

KHALAS

Tiada ulasan: