Khamis, 18 Julai 2024

PAS UMNO SEIYA SEKATA


Ketua Pemuda Pas, UMNO senada kerusi DUN Rembia perlu dikosongkan


KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh senada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia perlu dikosongkan, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

Menurut Afnan Hamimi, Pas bersetuju kerusi dipertandingkan  atas prinsip kerusi itu dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya negeri yang lalu.

“Parti politik ini alat, dia boleh ada, boleh tidak ada. Katakan bila satu hari parti ini tak ada, adakah kita tak ada prinsip? Prinsip tetap kena ada.

“Ada masa parti kita buat silap, kerana parti bukan malaikat. Bukan maksum. Ketika mana parti kita silap atau parti orang lain silap kita tegurlah dengan prinsip tersebut.

“Dalam kes ADUN Rembia, bagi saya secara prinsip waktu inilah masa terbaik untuk Speaker DUN Melaka kosongkan kerusi itu supaya dipulangkan semula hak memilih itu kepada rakyat. Sebab sebelum ini rakyat memilih ADUN Rembia itu atas parti UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai panelis dalam program bual bicara Skop MG anjuran MalaysiaGazette bertajuk Politik Sesatkan Minda Anak Muda? malam tadi.

Dr. Muhammad Akmal yang turut menjadi panelis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Afnan Hamimi.

“Yang ini saya salam, saya setuju,” kata Dr. Muhammad Akmal secara ringkas menghulurkan tangan bersalam dengan Afnan Hamimi sambil menerima tepukan daripada lebih 50 penyokong kedua-dua parti yang menjadi penonton.

ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai Pas.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Bercakap pada sidang media di Parlimen pada 16 Julai, Takiyuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan Muhamad Jailani pada 10 Jun 2023.

Media melaporkan, UMNO kini menyerahkan isu penyertaan Muhammad Jailan ke dalam Pas untuk ditangani Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selepas itu perkara tersebut akan dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO.

Menurut Ahmad Zahid, Ab Rauf diberikan tugas tersebut sesuai dengan kedudukannya sebagai pengerusi UMNO Melaka sekali gus pemimpin tertinggi BN negeri itu. – MalaysiaGazette

INI PETANDA

BAIK UNTUK

SELAMATKAN

MALAYSIA

AMIN

TOLAK KATAK

TOLAK UBI KAAYU

SUNAK KAN ANWAR

KHALAS

Tiada ulasan: