Khamis, 8 Ogos 2024

JANGAN JADI BANGLADESH




Ketua polis dituntut buka semula siasatan kes bunuh kadet TLDM

Ketua Polis Negara Razarudin Husain didesak membuka semula siasatan melibatkan kematian seorang pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) enam tahun lalu, ekoran tiada tindakan selepas keputusan mahkamah baru-baru ini yang menyifatkan kematiannya sebagai homisid (pembunuhan).

"Sehingga kini, pihak keluarga mendiang tidak dihubungi oleh pihak polis dan tidak dimaklumkan sama ada siasatan sedang dijalankan atas kematian mendiang Soosamanicckam selaras dengan laporan tersebut dan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut," kata memorandum diserahkan kepada Razarudin oleh 29 pertubuhan, aktivis dan peguam hari ini menuntut keadilan bagi J Soosaimanicckam, seorang pelatih TLDM. 

Memorandum itu diserahkan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, dihadiri peguam, aktivis dan keluarga mangsa.

Soosaimanicckam, 27, meninggal dunia pada 19 Mei, 2018 semasa menjalani latihan pegawai kadet di KD Sultan Idris. 

Bagaimanapun, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematiannya disebabkan edema pulmonari, selepas terbuang air besar ketika mandi sebelum tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas di asramanya sehari sebelum itu selepas menjalani latihan fizikal untuk pelatih.

Pada 29 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh mengkategorikan kematian Soosaimanicckam sebagai kes homisid, disebabkan oleh leptospirosis dan akibat langsung daripada tindakan pegawai TLDM menafikan rawatan perubatan kepada mendiang.

Soosaimanicckam_memo_BukitAmanMemorandum hari ini menyenaraikan lima tuntutan, antaranya membuka siasatan di bawah Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan yang dikendalikan oleh polis Bukit Aman. 

Mereka juga menuntut pasukan bebas dilantik bagi menjalankan siasatan tersebut, di samping mengambil kira keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh. 

"Perkembangan siasatan (perlu) dikomunikasikan kepada pihak keluarga untuk memastikan ketelusan siasatan," tambahnya.

Memorandum itu berkata pemeriksaan kesihatan yang diambil oleh Soosaimanicckam sebagai pra-syarat latihan kadet mendapati beliau tidak mempunyai sebarang penyakit dan disahkan berada dalam keadaan yang sihat. 

Keluarga mangsa sudah sudah membuat laporan polis menuntut satu siasatan pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu. 

INI MACAM

DI BANGLADESH

RAMAI MATI

TAKDA SIASATAN

YANG DIYAKINI 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: