Ahad, 1 September 2024

BLACKROCK TERUS BEKAL SENJATA UNTUK ISRAEL

 



88 peratus wilayah Gaza kini dikuasai Israel


GAZA: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendedahkan lebih 88 peratus wilayah Gaza kini ditawan Israel dengan 2.3 juta penduduk sukar mencari tempat perlindungan setelah tentera rejim mengarahkan pemindahan serta-merta.

Menurut agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, hakikat itu menyaksikan hanya tinggal 12 peratus kawasan untuk mangsa perang mencari tempat selamat, namun tiada kawasan diisytiharkan sebagai selamat.

Pemangku Pengarah OCHA, Joyce Msuya berkata, orang awam sendiri tidak tahu di mana mereka boleh berlindung apabila pasukan pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan arahan perpindahan.

Katanya dalam satu taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC), arahan perpindahan yang dikeluarkan tanpa mengira masa sebenarnya melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa sehingga mendorong semua berfikir bahawa tiada lagi sifat kemanusiaan di Gaza.

Kenyataan Msuya itu dibuat selepas PBB terpaksa menghentikan pergerakan bantuan kakitangannya di Gaza Isnin lalu berikutan arahan pemindahan baharu Israel di kawasan Deir Al-Balah, yang menjadi pusat operasi OCHA.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah nilai kemanusian Israel selepas pasukan bantuan antarabangsa itu sukar menjalankan operasi bantuan di Gaza ekoran serangan berterusan daripada tentera Israel.

Msuya berkata, keadaan yang tidak menentu di Gaza menyebabkan pasukannya gagal merancang jadual perjalanan dalam tempoh 24 jam kerana tidak pasti dengan jenis bantuan yang dimiliki, bila mereka akan memperolehnya atau di mana mereka perlu menghantarnya.

Beliau berkata, keadaan di Gaza begitu menghibakan, di mana orang awam sering kelaparan, dahaga dan sakit.

Selain itu, mereka juga tiada tempat tinggal sehingga apa yang ditanggung itu sangat menyayat hati.

Perang dilancarkan Israel terhadap pejuang Hamas sejak Oktober tahun lalu mengakibatkan lebih 40,000 kematian penduduk Palestin, namun sehingga kini rundingan gencatan senjata masih menemui jalan buntu. - AFP

PEMBUNUHAN

DITERUSKAN

AMIN

AMERIKA TERUS

BERI SOKONGAN

AMIN

BLACKROCK TERUS

HANTAR SENJATA

AMIN

ANWAR IBRAHIM

TERUS METERAI

JUAL BELI

DENGAN

BLACKROCK

KHALAS



Tiada ulasan: