Ahad, 1 September 2024

SABAH TERUS MENUNTUT


Segera tunaikan hak Sabah, kata Warisan

WARISAN yang berpusat di Sabah mahu Kerajaan Persekutuan segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

Ketua Penerangan parti tersebut Azis Jamman dalam satu kenyataan berkata tidak seharusnya ada sebarang kelewatan lagi dalam pelaksanaan janji hak di bawah MA63 yang merupakan asas kepada penubuhan Malaysia.

“Saya percaya dengan penuh keyakinan hak Sabah mesti ditunaikan tanpa sebarang kelewatan.

“MA63 ditandatangani, dipersetujui dan dimeterai pada 1963 oleh pemimpin Sabah, Sarawak, (Singapura ketika itu) dan Malaya yang membawa kepada penubuhan Malaysia.

“Melaksanakan MA63 adalah kewajipan perlembagaan dan oleh itu tidak memerlukan pertimbangan lanjut. Sudah tiba masa untuk melaksanakannya,” katanya.

Azis yang merupakan bekas timbalan menteri dalam negeri juga mengingatkan pemimpin bahawa perjanjian tersebut bukan hanya mengenai pemberian khas 40% kepada negeri tetapi juga merangkumi peruntukan dana antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui senarai Persekutuan, senarai negeri dan senarai serentak yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Senarai-senarai ini tertanam dalam Perlembagaan dan direka untuk memastikan keperluan nasional dan tempatan dibiayai dengan sewajarnya sambil menghormati autonomi dan pertimbangan khas bagi negeri-negeri yang berbeza khususnya Sabah dan Sarawak.

“Adalah penting untuk memenuhi dan menghormati apa yang tertanam dalam Perlembagaan Malaysia.

“Tiada lagi jawatankuasa, tiada lagi perbincangan, tiada lagi rundingan dan tiada lagi mesyuarat,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Sepanggar itu juga menyeru agar semua rakyat Sabah bersatu di belakang tuntutan agar Kerajaan Persekutuan memenuhi dan melaksanakan MA63. – 1 September, 2024.

SABAH TERUS

MENUNTUT MA63

JENG JENG JENG

WOIT

TAK JELAS

APA DIA MA63

AMIN

SILA TULIS APA

DIA SATU PERSATU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: