Rabu, 4 Mac 2026

YB KENA CERET BERET !!!


KALI PERTAMA

DALAM SEJARAH

RUU KERJAAN

DI TOLAK

AMIN

TAK PERLU

ALASAN YB KENA

CERET BERET

AMIN

INI BUKTI SAHIH

PETANDA AWAL

ANWAR 

BIN IBRAHIM

DI TOLAK OLEH

 RAKYAT

KHALAS

'Ada yang tersangkut jalan sesak, ada yang di hospital' - Fahmi Fadzil dedah alasan 8 MP kerajaan tak hadir Parlimen


CYBERJAYA: Kerajaan mengesahkan lapan Ahli Parlimen tidak hadir ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun di Dewan Rakyat, sekali gus menyebabkan draf undang-undang itu kelmarin gagal memperoleh sokongan dua pertiga.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata daripada jumlah itu, tiga Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), manakala masing-masing seorang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta dua Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan.

Lapan Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan tetapi tidak hadir dalam sesi itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal,  Henry Sum Agong (Lawas), Riduan Rubin (Tenom), Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran),  M Saravanan (Tapah), Larry Soon (Julau) dan  Jeffrey@ Kitingan (Keningau).

Fahmi berkata, setiap Ahli Parlimen terbabit mengemukakan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai ketidakhadiran mereka antaranya berada di hospital dan 'tersangkut' dalam kesesakan lalu lintas.

"Jadi, Kita sudah membuat semakan dengan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan juga Pejabat Ketua Whip mengenai Ahli Parlimen tidak hadir.

"Dari blok PH, 100 peratus hadir. Semua hadir Dan semua mengundi.

"Setiap dari mereka bila ditanya kenapa tidak berada di situ (Dewan Rakyat) ada yang memberikan pelbagai alasan," katanya pada sidang media selepas perasmian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), semalam.

Fahmi menjelaskan, Ahli Parlimen Libaran tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana dimasukkan ke hospital. Kah kah kah.

Fahmi berkata, Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan juga tidak hadir kerana perlu menghadiri upacara keagamaan. Kah kah kah.

"Saya difahamkan Ahli Parlimen Libaran berada di hospital, manakala Ahli Parlimen Tapah memaklumkan bahawa beliau menghadiri upacara sembahyang," katanya. Kah kah kah.

Berhubung respon Fadillah terhadap ketidakhadiran Ahli Parlimen berkenaan, Fahmi berkata riak wajah Timbalan Perdana Menteri menunjukkan kekecewaan.

"Saya lihat raut wajah beliau... Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan sedikit kecewa bahawa lapan Ahli Parlimen tidak ada (dalam Dewan Rakyat)," katanya.

Kelmarin, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.

Ia selepas RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen iaitu 148, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.

Keputusan undi belah bahagian itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, selepas ia dibahaskan oleh seramai 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

146 tu tunggul kayu ke? tanya je. kah kah kah!