Ahad, 17 Mei 2026

MADANI MADANO MATI TEGAK


ALFATIHAH

KERAJAAN TITAH

DAH TERBARAI

KAH KAH KAH

DAH KENA TITIK

SAMPAI LUMAT

KAH KAH KAH

MADANI MADANON

MATI TEGAK

KAH KAH KAH

KHALAS



PKR mula ‘perang kerusi’, kubu politik Anwar masih ‘kabur


Onn Hafiz umum BN mahu tanding semua kerusi DUN di Johor, apa reaksi Aminolhuda, ketua PH negeri


Hari ini, Pengerusi PH Johor yang juga Pengerusi AMANAH negeri, Aminolhuda Hassan dalam reaksinya terhadap perkembangan itu, berkata pengumuman Onn Hafiz itu memberi isyarat jelas bahawa ruang kerjasama politik dengan PH di negeri ini sudah tertutup.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading melihat perkembangan berkenaan juga menunjukkan BN/UMNO tidak lagi berminat meneruskan kerjasama dengan PH.

"Bila kata (BN) nak bertanding (semua) 56 kerusi, dia sendiri yang menentang. Sebelum konvensyen lagi, Naib Presiden AMANAH Johor, Suhaizan Kaiat sudah melontarkan persoalan sama ada kerjasama BN-PH boleh dilaksanakan di Johor untuk pilihan raya.

"Sebelum konvensyen, mereka (BN) sudah keluarkan kenyataan begitu, maknanya dia sendiri yang menutup pintu. Dia sendiri isytiharkan tiada kerjasama dengan PH," katanya ketika ditemui pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Johor (Persada), di sini hari ini.

Ditanya sama ada PH masih terbuka untuk meneruskan hubungan dengan BN di Johor, Aminolhuda berkata, pihaknya tidak mahu dilihat terlalu mengharapkan kerjasama terbabit.

"Kita tidak mahu ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Dia buat macam itu, tak mengapalah," katanya turut mengakui pendirian BN Johor itu secara tidak langsung memudahkan hala tuju PH menjelang konvensyen dan PRN akan datang.

Bagaimanapun, Aminolhuda berkata, hubungan antara PH dan BN di peringkat Persekutuan masih kekal baik seperti ditegaskan pimpinan pusat kedua-dua gabungan.

"Bagi peringkat Persekutuan, seperti yang disebut (Datuk Seri Dr) Ahmad Maslan, jangan risau kerana kita masih bersama lagi," katanya.

Tiada ulasan: