Ahad, 17 Mei 2026

PARTI KELUARGA RAMANAN BERGADUH BESAR !!!


KERUSI TERBANG

MELAYANG

KAH KAH KAH

MESYUARAT JALAN

LANCAR

AMIN

BOLIH TARIK

PKR KELUAR

DARI RAMANAN 

KAH KAH KAH

TAPI MUSTAHIL

RAMANAN  AKAN

KELUAR DARI PKR

KAH KAH KAH

KHALAS


Kerusi terbang lagi, mesyuarat PKR Kuala Selangor kecoh

SHAH ALAM - Kekecohan berlaku selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor pada Sabtu dipercayai berpunca daripada pertikaian mengenai usul undi tidak percaya terhadap Ketua Cabangnya, M Sivabalan.

Memetik portal Free Malaysia Today (FMT), Sivabalan berkata, insiden kira-kira 20 minit itu tercetus apabila sekumpulan individu kembali ke dewan bagi menuntut penjelasan mengapa usul undi tidak percaya terhadapnya tidak dibenarkan untuk dibahas atau diundi.

Menurut beliau, usul tersebut telah diterima, namun ia perlu dirujuk kepada pimpinan pusat untuk pertimbangan lanjut.

"Mereka mahu bahas dan bincangkan (usul). Saya kata tiada apa nak dibahaskan kerana kami sudah terima usul tersebut.

“Kami tidak boleh mengundinya. Ini hanyalah usul, jadi ia perlu dibawa kepada kepimpinan tertinggi untuk diputuskan terlebih dahulu,” katanya.

Sivabalan berkata, usul berkenaan menyentuh dua perkara iaitu undi tidak percaya terhadapnya dan pelantikan ketua kampung.

Beliau menegaskan kedua-dua perkara itu tidak boleh diputuskan dalam AGM PKR Kuala Selangor kerana bukan berada di bawah bidang kuasa cabang.

“Usul undi tidak percaya perlu dibawa kepada kepimpinan tertinggi. Pelantikan ketua kampung juga bukan kuasa kami.

"Saya tidak menolak usul itu. Saya terima dan berkata ia akan dipanjangkan kepada kepimpinan pusat,” ujarnya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiga ahli wanita mengalami kecederaan dalam kekecohan baling kerusi sesama sendiri.

Katanya, laporan polis telah dibuat, dan satu lagi akan dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh.

Sivabalan juga membuat laporan polis berasingan pada Jumaat atas dakwaan menerima ugutan bunuh yang dikaitkan dengan ketegangan dalaman parti menjelang AGM hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh turut mengesahkan kejadian itu sambil menjelaskan ia tidak menjejaskan perjalanan mesyuarat.

“Mesyuarat Cabang Kuala Selangor berjalan lancar dan sah mengikut perlembagaan parti,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, PKR Kuala Selangor menjadi perhatian susulan ketegangan dalaman yang berlaku selepas pemilihan cabang parti itu.




Tiada ulasan: