PAGI INI
PAGI INI
SELASA 26 MEI 2026
PERANG HARI KE 88
GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN
PERTEMPURAN BERLAKU DI SELAT HORMUZ
Kemarin berlaku bentrokan antara Askar Amerika dengan Soldadu Iran – walau pun gencatan sejata masih berjalan.
Dilaporkan soldadu Iran nak pasang bom jerangkap atas air laut – askar Amerika tembak – lalu tembak menembak berlaku.
Kelentong Mat Teram tentang RUNDINGAN makin jauh.
Menteri Luar Iran kata : Damai masih jauh – hanya Teram buat lawak – kah kah kah.
PRU16
Tahun ini ? Sebelum akhir tahun ? Bulan Oktober ? Najib bin Razak akan bebas untuk kempen di PRN Johor?
Agong dulu mahu Najib bin Razak di bebas sebelum sambutan ulang tahun GEROMBOAN di Istana Johor – Agong mahu Najib bin Razak hadir sama – GAGAL – Agong minta Najib bin Razak di beri laluan untuk sambut hari jadi GEROMBOLAN. Pihak penjara tolak.
SEMUA ini cerita atas cerita – aji no moto – di tabur di sana sini untuk buat sedap rasa UMAMI POLITIK – kah kah kah.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah. Kemarin petang ujan amat lebat. Matahari dah keluar. Langit biru indah. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Bila gua masuk diatas bukit saekor JANTAN MUDA melintas – wow ! gua nasib baik dapat melihat JANTAN MUDA berjalan – agak cepat – tak sempat gua nak ambil gambar. Muda kacak berekor panjang berbalong merah.
Kuuur Kuur dari atas bukit. Chiap Chiap Chiap – ini suara Tiong. Seeeet suara Cengkerik drari belukar.
Dari jauh gua nampak badan berlari – bila dekat rupanya Siti – kemudian yang lain berkejar datang sama – Ramai makan pagi ini – Gua Gumbira.
Di Wakaf Tiga Jantan Putih dah sedia menunggu – Jantan ini baik sungguh. Ketika gua bersenam – dia naik atas tembok sebelah gua.
Bila LIDAH MENJELIR NAMPAK HITAM - ini tanda darah TELOM - anjing Asli Tanah Melayu.
Kemudian dia turun bergurau dengan Tak Tak - mungkin Tak Tak tidak berminat bergurau - lalu menjerit marah kah kah kah.
Pulang di Wakaf Pertama hanya Siti dan adiknya yang menunggu. Yang lain dah kenyang. Tiong berlabuh – haya saekor.
Hari ini akan panas. Petang nanti gua nak BALIK KAMPUNG – nak beraya di kampung. Nak makan Lemang Rendang Ayam dan Nasi Impit Kuah Kacang.
BRO
SENYUM KITA SAMBUT
SELASA SEPERTI BIASA
BRO
Lu bertanggung jawab pada hidup lu sendiri. Jangan simpan mentaliti jadi KORBAN.
BRO
Jika dulu lu jadi mangsa korban – lu ubah – tak semestinya lu akan terus jadi korban.
BRO
Pengorbanan yang maha besar akan jadi tapak dan tiang sebuah pencapaian yang luar biasa, Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA



Tiada ulasan:
Catat Ulasan