Selasa, 26 Mei 2026

TEATER HAPUSKAN ORANG HITAM


TEATER EBOLA

DIPENTASKAN

DI ITALI

AMIN

DI CONGO TEATER

MASIH BERJALAN

KAH KAH KAH

KHALAS


Dua disyaki dijangkiti Ebola di Itali selepas pulang dari Uganda


ISTANBUL: Dua individu disyaki dijangkiti Ebola di Milan, utara Itali, lapor Anadolu Ajansi memetik akhbar harian Itali Corriere della Sera pada Isnin.

Individu terbabit seorang lelaki dan seorang wanita yang berasal dari Como, dilaporkan baru pulang dari Uganda, tempat mereka berkhidmat sebagai pekerja bantuan selama tiga bulan.

Mereka dilaporkan mengalami simptom termasuk demam panas, muntah, cirit-birit dan loya.

Lelaki itu dikatakan mengalami masalah usus, manakala wanita berkenaan mengalami simptom neurologi, menurut laporan itu.

Penyakit Ebola disebabkan oleh virus daripada genus Orthoebolavirus.

Kes disyaki itu berlaku ketika kebimbangan meningkat berhubung wabak Ebola di beberapa bahagian Afrika, dengan pihak berkuasa kesihatan memantau potensi risiko rentas sempadan.

Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan memberi amaran bahawa wabak itu terus merebak di beberapa bahagian Afrika, dengan negara jiran turut terjejas.

Pada 17 Mei, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak Ebola yang menjejaskan Republik Demokratik Congo dan Uganda sebagai kecemasan kesihatan global.

WHO turut memberi amaran bahawa walaupun risiko penularan global masih rendah, situasi itu sedang dipantau rapi susulan jumlah kes, jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan dan wabak di kawasan bandar.

Terdahulu pada Isnin, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa wabak Ebola di Congo "amat serius dan sukar" untuk dikendalikan, sambil menambah bahawa epidemik itu kini merebak lebih pantas berbanding operasi tindak balas.

Sepuluh negara lain termasuk Rwanda, Kenya, Tanzania, Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Republik Congo, Ethiopia, Sudan Selatan dan Zambia berdepan risiko wabak Ebola, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC)

Tiada ulasan: