Rabu, 13 Mei 2026

TEATER KENCING TIKUS SEDANG DI PENTASKAN


SEMUA BERITA

DILAPUR

UNTUK MENGOLAH

PERSETUJUAN

AMIN

PROJEK VAKSIN

PROJEK KAWAL

WARGA DUNIA

AMIN

KALI INI 

JANGAN TERTIPU

KHALAS


Hantavirus: Wanita warga emas Perancis bertarung nyawa di ICU


Kapal wabak hantavirus belayar ke Belanda selepas penumpang dihantar pulang


Tiada tanda wabak Hantavirus di atas MV Hondius meningkat secara ketara - WHO


OVIEDO: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa memaklumkan bahawa ketika ini tiada petunjuk wabak hantavirus di atas kapal persiaran MV Hondius akan meningkat secara ketara, walaupun jangkitan tambahan dalam kalangan penumpang masih berkemungkinan berlaku, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata sebanyak 11 kes disyaki dikaitkan dengan wabak di atas kapal persiaran berdaftar di Belanda itu, dengan sembilan kes telah disahkan manakala dua lagi berkemungkinan positif.

Tedros berkata dalam sidang media bersama Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez di Madrid bahawa semua kes disyaki dan disahkan telah diasingkan serta dipantau di bawah penyeliaan perubatan.

"Setakat yang kami tahu, penumpang yang telah turun dari kapal berjaya dikesan, termasuk seorang yang berada di lokasi paling terpencil yang berjaya dijejaki United Kingdom menerusi operasi yang amat sukar," katanya.

Tiada ulasan: