PERANG
BERTERUSAN
ADALAH BAIK
AMIN
HARGA MINYAK
TERUS NAIK
AMIN
RAKYAT NAIK
MINYAK
MUDAH UNTUK
DI HASUT
KHALAS
Harga minyak meningkat selepas Israel mara lebih jauh ke Lubnan
BEIJING: Harga minyak meningkat lebih dua peratus pada awal dagangan hari ini selepas Israel mengarahkan tenteranya mara lebih jauh ke dalam Lubnan dalam pertempuran menentang Hezbollah yang disokong Iran, walaupun gencatan senjata diumumkan lebih enam minggu lalu.
Niaga hadapan minyak mentah AS meningkat AS$2.37 atau 2.71 peratus kepada AS$89.73 setong setakat 0028 GMT.
Niaga hadapan Brent pula naik AS$2.16 atau 2.37 peratus kepada AS$93.28 setong.
Peningkatan konflik itu, yang berlaku sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) menjadi tuan rumah rundingan damai Israel-Lubnan di Washington pada Jumaat lalu, mengurangkan harapan bahawa AS dan Iran akan segera mengumumkan lanjutan perjanjian gencatan senjata mereka.
Harapan terhadap lanjutan gencatan senjata itu sebelum ini menyebabkan harga minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate (WTI) masing-masing ditutup rendah sebanyak 1.8 peratus dan 1.7 peratus pada Jumaat.
Konflik Israel-Lubnan merupakan kesan limpahan terbesar daripada perang Iran.
Konflik itu bermula pada 2 Mac apabila Hezbollah melancarkan roket dan dron merentasi sempadan Israel sebagai tanda sokongan kepada sekutunya, Iran.
Kedua-dua pihak mencapai gencatan senjata pada pertengahan April, namun serangan balas masih berterusan.
Presiden AS, Donald Trump, berkata pada Jumaat bahawa beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi mengenai cadangan perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata dengan Iran yang diumumkan pada awal April.
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak masa kepada perunding untuk mencari penyelesaian kekal kepada konflik terbabit serta isu utama berkaitan program nuklear Iran.
Israel dijangka memainkan peranan penting dalam sebarang perjanjian sedemikian, manakala Iran berulang kali menegaskan bahawa Hezbollah juga perlu dilibatkan dalam rundingan.
Pada masa sama, kebimbangan semakin meningkat mengenai kewujudan periuk api laut di Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak dan gas dunia, menurut penganalisis IG, Tony Sycamore.
Beliau berkata, situasi itu boleh melambatkan proses pembukaan semula selat berkenaan dan menyebabkan kelegaan kepada pasaran minyak mengambil masa yang lebih lama walaupun laluan itu dibuka semula.
"Walaupun perjanjian dicapai, ia tidak akan menyebabkan lambakan bekalan minyak secara mendadak," kata Sycamore.
Seorang wartawan Axios melaporkan di platform X pada Jumaat bahawa Iran meletakkan lebih banyak periuk api di selat itu pada awal minggu lalu, tidak lama selepas Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, menyatakan bahawa sebarang cubaan menambah periuk api akan dianggap sebagai pelanggaran gencatan senjata.
Selat Hormuz mengendalikan kira-kira satu perlima aliran minyak dan gas global, dan Iran secara efektif telah menutup laluan itu sejak konflik bermula berikutan serangan AS dan Israel pada Februari.
Kebimbangan terhadap gangguan bekalan mengatasi kesan data ekonomi China yang lemah pada hujung minggu lalu, menunjukkan aktiviti sektor pembuatan semakin perlahan.
Perkembangan itu menambah kebimbangan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu sedang kehilangan momentum, dibebani oleh penyusutan eksport dan tekanan kos yang berterusan.-Reuters
%20(1).jpeg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan