Isnin, 1 Jun 2026

PELUAQNG UNTUK GULING KERAJAAN


AMERIKA & ISREAL

SEDANG

 MEMBANTU PARTI PEMBANGKANG

GULINGKAN 

KERAJAAN

RASUAH

AMIN

PEBANGKANG

JANGAN LEPASKAN

PELUANG INI

KHALAS 


Sebahagian sektor perniagaan berisiko tutup sementara operas

KUALA LUMPUR: Sebahagian sektor dalam perniagaan negara ini berisiko menutup operasi secara sementara pada separuh kedua tahun ini, jika krisis gangguan bekalan global berpanjangan susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mencetuskan peningkatan kos logistik serta lonjakan harga bahan mentah hingga menekan aliran tunai syarikat.

Paling terdedah ialah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor pembuatan berasaskan import yang kini bergelut kekurangan bahan mentah kritikal, kelewatan penghantaran dan kos operasi yang meningkat mendadak menjelang kemuncak krisis dijangka berlaku pada Jun dan Julai ini.

Presiden Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM), Jacob Lee Chor Kok, berkata hasil tinjauan kedua impak Asia Barat oleh persekutuan itu mendapati 70 peratus pengeluar kini mengalami kekurangan kritikal input pengeluaran penting seperti resin, polimer, petrokimia dan logam.

Beliau berkata, kira-kira lapan peratus ahli FMM hanya mempunyai stok kritikal kurang daripada dua minggu, manakala 40 peratus lagi hanya menyimpan inventori mencukupi untuk tempoh satu hingga dua bulan.

Katanya, PKS kini berada dalam kedudukan sangat tertekan menjelang kemuncak krisis pertengahan tahun ini dengan sektor pembuatan konvensional dan PKS beroperasi dengan margin keuntungan kecil sekitar lima hingga 15 peratus.

"Ia menyebabkan mereka sukar menyerap kelewatan berpanjangan dan kenaikan kos penghantaran antara 20 hingga 50 peratus.

"Walaupun syarikat sedang cuba beralih kepada sumber alternatif dari China, India dan ASEAN, proses itu tidak mudah kerana membabitkan isu standard dan ketidakpadanan kualiti yang menghalang peralihan segera," katanya kepada BH.

Chor Kok berkata, ancaman penutupan sementara atau separa operasi kini semakin realistik sekiranya gangguan rantaian bekalan dan tekanan kos tidak ditangani segera.

Beliau berkata, tinjauan FMM mengesahkan 72 peratus pengeluar menyaksikan keadaan operasi semakin merosot dengan 74.5 peratus syarikat melaporkan kos pengeluaran meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus berbanding sebelum krisis, manakala 68 peratus lagi berdepan masalah modal kerja dan aliran tunai akibat kelewatan bayaran pembeli dan syarat pembayaran pembekal yang semakin ketat.

Menurutnya, tekanan kewangan itu juga mula diterjemahkan kepada pengurangan struktur operasi apabila 28 peratus pengeluar terpaksa melaksanakan pelarasan tenaga kerja, termasuk mengurangkan kerja lebih masa dan membekukan pengambilan pekerja.

Katanya, sektor paling terdedah termasuk pengeluar plastik hiliran, bahan kimia dan pemproses bahan industri yang bergantung kepada bahan suapan import seperti nafta, benzena, LPG dan sulfur dari Asia Barat serta Eropah.

"Selain itu, industri intensif diesel seperti seramik, pembuatan kaca, pemprosesan makanan berintensif haba dan kuari, turut berdepan tekanan susulan kenaikan harga diesel industri dan peningkatan 28 peratus harga minyak mentah Brent global tahun ini.

"Justeru, FMM menggesa kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Krisis Eksport dan Pembuatan bagi menyelaras langkah mitigasi segera termasuk pengecualian duti import dan cukai jualan terhadap bahan mentah kritikal dari rantau bukan konflik.

"Kami turut mencadangkan potongan cukai berganda untuk kos logistik berkaitan krisis serta akses subsidi diesel industri bersasar bagi memastikan operasi kilang dan pekerjaan tempatan terpelihara," katanya.

Tak cukup bersedia 

Sementara itu, Presiden Persatuan SME Malaysia (SME Malaysia), Dr Chin Chee Seong, turut bersependapat dengan menyatakan sebahagian besar PKS tempatan masih belum bersedia menghadapi gangguan rantaian bekalan berpanjangan.

"Secara terus terang, kebanyakan PKS tempatan tidak cukup bersedia sekiranya keadaan bertambah buruk pada Jun dan Julai. Mereka beroperasi dengan aliran tunai ketat, kitaran inventori pendek dan modal kerja terhad.

"Tidak seperti syarikat besar, PKS tidak mempunyai kapasiti kewangan untuk menyimpan stok bahan mentah dalam jumlah besar, menyerap kenaikan kos penghantaran berpanjangan atau menanggung kelewatan bekalan yang lama," katanya.

Chee Seong berkata, tinjauan pada April 2026 menunjukkan 76 peratus PKS mengakui kenaikan harga bahan api memberi kesan besar kepada operasi, manakala lebih 80 peratus berdepan peningkatan kos dua digit dengan sebahagiannya melebihi 20 peratus.

Beliau berkata, sekitar 45 peratus PKS menjangkakan masalah aliran tunai serius, manakala 33 peratus menjangka perniagaan menjadi perlahan.

"Isu utama kini bukan lagi sekadar kenaikan kos, tetapi kelangsungan aliran tunai. Jika gangguan berpanjangan terus berlaku, banyak PKS akan bergelut bukan kerana kekurangan permintaan, tetapi kerana mereka tidak lagi mempunyai kecairan mencukupi untuk terus beroperasi," katanya.

Menurutnya, jika keadaan itu berterusan sehingga Jun dan Julai, risiko penutupan sementara, pengurangan pengeluaran, pengurangan waktu kerja, pembekuan pengambilan pekerja dan pengecilan operasi akan meningkat dengan ketara.


Tiada ulasan: