INI PROJEK BESAR
WAJIB PAKAI
JURU RUNDING
AMIN
DI MANA
RAZAK BAGINDA
SEKARANG
KAH KAH KAH
SAJE TANYA
KERANA RAZAK
DAN ALTANTUYA
JURU RUNDING
PAKAR SENJATA
KHALAS
TUDM teliti rancangan ganti pesawat C-130
SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang meneliti rancangan menggantikan pesawat pengangkut C-130H yang sebahagian daripadanya telah berkhidmat hampir lima dekad.
Panglima Tentera Udara, Muhamad Norazlan Aris berkata, pesawat berkenaan ada yang sudah berusia antara 31 hingga hampir 50 tahun, dan memerlukan perhatian khususnya dari aspek keupayaan operasi dan penyelenggaraan.
Katanya, walaupun pesawat jenis itu diiktiraf sebagai pengangkutan udara berkesan dan boleh dipercayai, namun faktor usia bakal mengakibatkan kos penyelenggaraan semakin meningkat dari semasa ke semasa.
“Ramai mengakui C-130H merupakan pesawat yang baik. Namun, apabila tiba masanya, penggantian aset perlu dipertimbangkan kerana dalam sesetengah keadaan, menggantikan pesawat lebih berbaloi berbanding terus menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-68 di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Muhamad Norazlan ketika ditanya mengenai rancangan untuk mendapatkan pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) berkata, setiap aset pertahanan yang diperoleh akan digunakan secara optimum bagi memastikan pulangan terbaik terhadap pelaburan negara, termasuk dari aspek latihan dan operasi.
“Apabila kita membeli pesawat pejuang, kita akan menggunakannya sehingga ke tahap optimum. Latihan juga dilaksanakan secara maksimum kerana dalam situasi konflik, pesawat-pesawat ini akan digunakan sehingga ke had keupayaan yang ditetapkan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan