Khamis, 18 Jun 2026

ON JADI OFF - TAK KIRA BANGSA


LU BANGSA

APA PUN TAK

MUSTAHAK

AMIN

YANG PENTING

ADA KERJASAM

DENGAN PAS

AMIN

JIKA TIDAK

ON JADI OFF

KAH KAH KAH

KHALAS


Tiada kerusi ‘favourite’, BN mahu tawan semua DUN Johor


JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor tidak bergantung dengan peratusan mengundi tinggi atau rendah untuk menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi berharap peratusan keluar mengundi pada PRN kali ini akan tinggi malah lebih ramai adalah lebih bagus.

“Bagi saya, sebagai sebuah negeri dan negara yang mengamalkan sistem demokrasi, lebih ramai yang keluar adalah lagi bagus. You know, then you, you get a better, apa nama, representationlah, pengundi keluar.

“Saya sudah buat yang terbaik dan insya-Allah, kalau diberikan mandat sekali lagi, kita akan terus untuk memberikan yang terbaik untuk Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam temuramah bersama-sama media Johor di kediaman rasminya di Saujana, di sini semalam.

Pada PRN Johor 2022, peratusan keluar mengundi adalah 54.92 peratus yang diadakan ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, semasa pilihan raya pada 2004, 2008 dan 2013 peratusan keluar mengundi adalah tinggi dan BN menang pada masa itu.

Menteri Besar Johor itu berkata, BN ‘hukum’ oleh rakyat semasa pilihan raya pada 2018 apabila kalah namun berjaya membuat kemunculan semula dalam PRN pada 2022.

“Jadi saya rasa, tak apalah kalau pengundi keluar dengan banyak itu pun yang sepatutnya. Saya pasti bangsa Johor boleh membezakan antara kaca dengan permata. Dia boleh menilai dengan baik siapa yang dapat berkhidmat yang terbaik,” katanya.

Ditanya berkenaan kerusi potensi atau disasarkan kali ini, Onn Hafiz berkata, BN bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah untuk menang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor itu, tiada istilah kerusi ‘favourite’ kerana matlamat utama untuk menang dan hasrat tersebut yang mendorong gabungan itu bertanding solo dalam PRN.

“Kami berminat dengan semua kerusi. Sebab itu kami umum akan bertanding di semua 56 kerusi. Ada kerusi yang sekarang ini dimiliki PH dan berpotensi untuk dimenangi. Kalau boleh, kita mahu menang semuanya,” katanya.

Menurutnya, setiap kerusi mempunyai cabaran tersendiri dan jentera BN perlu bekerja lebih kuat bagi memastikan sokongan rakyat terus memihak kepada gabungan itu.

Beliau turut berharap rakyat Johor akan memberikan mandat yang kukuh bagi membolehkan kerajaan negeri meneruskan agenda pembangunan sedia ada.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: