Jumaat, 3 Julai 2026

APA JADI KEPADA HIMPUNAAN HIJAU ?

APA JADI

DENGAN

HIMPUNAN HIJAU?

AMIN

APA JADI

DENGAN DAP? 

APA JADI 

DENGAN PKR?

AMIN

MAPIM  SAMBUNG

GERAKAN 

ANTI LYNAS

KHALAS


MAPIM lancar 
Kempen Kesedaran Nasional Desak Isu Lynas

SHAH ALAM — Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan melancarkan kempen kesedaran nasional bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai isu operasi Kilang Lynas di Kuantan yang disifatkan sebagai melibatkan kepentingan alam sekitar, kesihatan awam dan masa depan negara.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abd. Hamid, berkata pertubuhan itu memandang serius kebimbangan yang telah lama dibangkitkan pelbagai pihak berhubung operasi kilang pemprosesan nadir bumi berkenaan.

Menurut beliau, sejak cadangan pembinaan kilang itu dikemukakan, MAPIM sentiasa memantau perkembangan isu berkenaan serta meneliti kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat, pertubuhan masyarakat sivil dan pelbagai pihak yang prihatin terhadap keselamatan alam sekitar.

Mengikut rekod, kempen penentangan terhadap Lynas pernah dibawa oleh pihak PKR tetapi selepas ia memerintah penentangan itu tidak lagi kedengaran.

Malah, juara penentangan itu, Fuziah Salleh (sekarang Datuk Dr), kemudian menjadi Ahli Parlimen Kuantan (2008-2022) dan kini menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Beliau juga ialah Setiausaha Agung PKR.

Menurut Azmi, berdasarkan perkembangan semasa, MAPIM berpendapat kebimbangan rakyat adalah berasas dan memerlukan perhatian serta tindakan yang lebih tegas daripada semua pihak yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, MAPIM juga menerima desakan daripada pelbagai pihak supaya isu itu diberi keutamaan, termasuk Sidang Kepimpinan Pendekar Pensilat MAPIM yang menghimpunkan wakil beberapa negeri. Sidang berkenaan dilaporkan sebulat suara menggesa MAPIM memperhebat usaha advokasi dan mengambil langkah lebih proaktif berhubung isu Lynas.

Mohd Azmi berkata, MAPIM telah beberapa kali mengadakan pertemuan rasmi dengan Kedutaan Australia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan kebimbangan berkaitan isu tersebut.

“Pertemuan terakhir diadakan kira-kira dua bulan lalu, di mana MAPIM menyerahkan Nota Bantahan secara rasmi kepada pihak kedutaan dengan penuh tertib dan hormat, namun tegas dalam mempertahankan kepentingan rakyat serta negara,” katanya.

Menurut beliau, dalam sesi dialog bersama Pengarah Perhubungan Awam Kedutaan Australia itu, MAPIM turut membangkitkan pelbagai isu teknikal serta kebimbangan awam yang disokong oleh penilaian saintifik daripada pasukan penyelidik yang bekerjasama dengan pertubuhan berkenaan.

Tiada ulasan: