Jumaat, 3 Julai 2026

PAKISTAN BERI AMARAN - ISRAHELL KECUT PERUT!

ISRAHELL NAK

BUNUH JUGA 

FEILD MARSHAL

ASIM MUNIR

PERUNDING UTAMA

DARI PAKISTAN

AMIN

PAKISTAN BERI

AMARAN

AMIN

JIKA ASIM DIBUNUH

ISRAHELL AKAN

HANCUR LUMAT

KHALAS


Pegawai AS percaya Israel rancang bunuh perunding Iran


WASHINGTON: Israel merancang untuk membunuh perunding utama Iran ketika rundingan gencatan senjata berlangsung pada musim bunga lalu, dakwa seorang pegawai Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The New York Times.

Laporan itu menyebut kebimbangan Washington tertumpu kepada Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dan Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Qalibaf, yang dipercayai mungkin menjadi sasaran ketika rundingan semakin rancak pada April.

Menurut laporan itu, pentadbiran Presiden AS, Donald Trump dilaporkan sangat bimbang sehingga meminta negara-negara di rantau itu memberi amaran kepada Tehran mengenai serangan terhadap kedua-dua pegawai berkenaan.

Pegawai AS berpendapat sebarang pembunuhan ketika rundingan sedang berjalan boleh menggagalkan proses damai dan mencetuskan semula konflik.

Laporan itu turut menyebut AS menerima maklumat bahawa Qalibaf berada dalam senarai sasaran Israel, lalu Washington menggesa Israel supaya tidak meneruskan rancangan itu.

Iran pula dilaporkan meminta jaminan daripada AS melalui perantara Pakistan dan Qatar bahawa Israel tidak akan menyasarkan delegasi mereka semasa rundingan diplomatik berlangsung.

Dalam satu kes pada April, penerbangan pulang Qalibaf dari Islamabad dilencongkan ke Mashhad selepas pasukan keselamatan Iran mengesan dua jet Israel memasuki ruang udara negara itu.

Namun, kejadian itu tidak menghalang Iran daripada meneruskan lawatan diplomatik. Pada Mei, Qalibaf dan Araghchi tetap mengadakan lawatan ke Qatar dan Switzerland bagi rundingan damai.

Kedutaan Israel di Washington enggan mengulas dakwaan berkenaan, yang mana motif Israel dikatakan tidak mahu perang dihentikan dan sebaliknya lebih cenderung terus menyerang Iran dan Hizbullah di Lubnan.

Ketika Washington berusaha memeterai perjanjian damai, Israel kekal sangsi sejak gencatan senjata pertama pada April lalu.

Gencatan senjata awal selama dua minggu itu hanya mendapat sokongan hambar daripada pegawai Israel, selain mencetuskan kebimbangan meluas di negara itu bahawa AS bertindak terlalu awal untuk menghentikan perang.

Daripada dipaksa berundur daripada tampuk pemerintahan, kepimpinan teokratik Iran sebaliknya menjadi semakin tegar manakala Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) terus memperkukuhkan cengkaman ke atas negara itu.

Qalibaf dilaporkan hampir maut dua kali sejak 2025, termasuk dalam perang 12 hari sebelum ini dan konflik tahun ini, apabila beliau diselamatkan dari runtuhan.

Seorang pegawai AS berkata rundingan antara AS dan Iran masih diteruskan dan Presiden JD Vance mahu proses damai itu berjalan seperti dirancang.

Laporan itu turut menunjukkan perbezaan pendirian antara AS dan Israel, walaupun sebelum ini kedua-duanya dilihat sehaluan dalam isu perang.

AS kini lebih cenderung kepada usaha damai, manakala Israel dilihat masih berhati-hati dan kurang yakin terhadap gencatan senjata dan memilih perang sebagai jalan penyelesaian.

Menurut laporan itu lagi, kedua-dua pemimpin Iran berkenaan pernah berada dalam senarai sasaran Israel sejak Mac, namun dikeluarkan selepas desakan AS apabila rundingan bermula. – AGENSI

Tiada ulasan: