Khamis, 23 Julai 2026

HOUTHI KAWAL LAUT MERAH


BUKTI SAHIH

LAUT MERAH

SELAT 

BAB EL MANDAP

DI KAWAL OLEH

REVOLUSI YAMAN

AMIN



Lebih banyak kapal ubah haluan di Laut Merah selepas amaran Houthi


LONDON: Sekurang-kurangnya lima kapal tangki minyak mengubah laluan di Laut Merah semalam selepas kumpulan Houthi di Yaman memberi amaran supaya kapal tidak belayar ke pelabuhan Arab Saudi, menurut data penjejakan kapal.

Dua daripada kapal berkenaan menetapkan Terusan Suez sebagai destinasi baharu.

Pada Isnin, Houthi yang disokong Iran mengumumkan sekatan laut terhadap Arab Saudi, langkah yang meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan tenaga dan perdagangan global di luar rantau Teluk.

"Ancaman tindakan bermusuhan Houthi terhadap Arab Saudi... mula memberi kesan terhadap aktiviti kapal tangki secara keseluruhan," kata broker perkapalan Clarksons dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beberapa kapal tangki yang mengambil muatan di pelabuhan Yanbu, Arab Saudi, mengubah laluan menuju Terusan Suez dan tidak meneruskan perjalanan melalui Selat Bab el-Mandeb, manakala kapal lain berhenti sementara menunggu arahan lanjut.

Selat Bab el-Mandeb ialah laluan penting yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden dan menjadi laluan utama kapal perdagangan antarabangsa.

Pasukan tentera laut Aspides Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel, Amerika Syarikat (AS) atau Arab Saudi berisiko lebih tinggi menjadi sasaran Houthi.

Dalam nasihat keselamatan yang dilihat Reuters, kapal terbabit dinasihatkan mengelakkan pelayaran melalui Laut Merah dan Teluk Aden sehingga tahap ancaman berkurangan.

Kapal yang baru-baru ini berlabuh, memuat atau menurunkan kargo di pelabuhan Arab Saudi perlu mengurangkan jejak elektronik dengan mengehadkan penghantaran sistem pengenalan automatik (AIS) serta maklumat digital yang boleh diakses umum dan berpotensi membantu pihak tertentu mengenal pasti sasaran.

Data daripada LSEG, MarineTraffic dan kumpulan pengurusan risiko maritim Britain, Vanguard, menunjukkan lima kapal tangki mengubah laluan pada Rabu.

Sebuah lagi kapal pengangkut kenderaan, Liu Jiang Kou, turut dilihat berpatah balik di Teluk Aden, sebelum itu ia menuju ke pelabuhan Jeddah, Arab Saudi.

Penutupan laluan selatan Laut Merah boleh memberi kesan besar kepada Arab Saudi kerana kawasan itu adalah laluan alternatif penting selain Selat Hormuz untuk penghantaran minyak.

Broker perkapalan Braemar berkata, sekatan Houthi menimbulkan persoalan terhadap laluan eksport minyak Arab Saudi dari pelabuhan Yanbu yang menghubungkan saluran paip timur-barat negara itu.

Jika kapal terpaksa menggunakan laluan lebih jauh melalui Terusan Suez ke Asia, perjalanan akan bertambah kira-kira 10,000 batu nautika dan mengambil masa tambahan sehingga 34 hari.

Perubahan laluan itu dianggar meningkatkan kos penghantaran lebih AS$5 juta (kira-kira RM20.4 juta) bagi setiap perjalanan, tidak termasuk kos bahan api dan insurans.

Kos menggunakan Terusan Suez pula dianggarkan sekitar AS$1 juta (kira-kira RM4.08 juta) bagi setiap kapal.

Data penjejakan menunjukkan beberapa kapal tangki masih berada berhampiran pelabuhan Yanbu pada Rabu.

Laluan Laut Merah masih belum pulih sepenuhnya sejak serangan Houthi terhadap kapal dagang berhampiran pantai Yaman bermula pada November 2023.

Houthi sebelum ini mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin dalam konflik di Gaza. Serangan terhadap kapal dagang berakhir selepas gencatan senjata di Gaza pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, Houthi kemudian memberi amaran kepada syarikat perkapalan supaya tidak memuat atau menurunkan kargo di pelabuhan Arab Saudi kerana kapal terbabit boleh menjadi sasaran.

Sumber keselamatan maritim berkata, mereka turut menerima rakaman amaran daripada Houthi kepada kapal di Laut Merah sejak Isnin.

"Mereka memberi amaran kepada semua kapal yang menuju ke pelabuhan Arab Saudi bahawa kapal berkenaan akan menjadi sasaran terbuka," kata seorang sumber perkapalan. – REUTERS

Tiada ulasan: