Khamis, 23 Julai 2026

PANTUN BERALAS


PATUN BERBALAS

PANTUN

HARI IRAMA   HARI  SABTU
KITA MELAWAT KOTA MELAKA
MARI BERSAMA MARI BERSATU
KITA HUMBANAKAN  SI MADAFAKA

AMBIL SANTAN GULA MELAKA
ARANG MEMBARA SATAY DI BAKAR
TOLAK PAKATAN TOLAK MADAFAKA
JUAL NEGARA PADA ZIONIS AMERIKA

AMIN


'Jika ribut diterbang ke laut' - Zahid balas pantun Anwar

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi membalas pantun yang ditulis Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

"Bumbung tercabut mampu ditahan, jika ribut diterbangkan ke laut,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika membaca pantun berkenaan dalam sidang media di Hotel Bahang Bay hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pantun tersebut ditulis malam tadi selepas membaca pantun yang dimuat naik Anwar bin Ibrahim

Rangkap penuhnya berbunyi:

Mendaki ke Gunung Tahan,
Jatuh ke gaung, temui maut.
Bumbung tercabut, mampu ditahan,
Jika ribut, diterbang ke laut.

Bagaimanapun tidak jelas apakah yang dimaksudkan oleh Ahmad Zahid pada pemaksud pantun tersebut.

Pantun Anwar yang dimuatkan dalam hantaran Facebook semalam dilihat cuba meredakan ketegangan antara PH dan BN ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berlangsung.

Pantun itu juga berlatarbelakangkan lagu 'Madu dan Racun" yang pernah dipopularkan penyanyi Indonesia pada 1980an, Arie Wibowo.

Pantun Anwar berbunyi:

“Burung merbah terbang sekawan,
Guruh berdentum membelah awan;
Berbeza langkah, jangan putus kawan,
Selagi muafakat, kita sehaluan.”

Senikata pada lagu itu pula berbunyi “Madu di tangan kanan mu, racun di tangan kiri mu, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku”.

Ahmad Zahid berkata, tidak perlu timbul keraguan terhadap komitmen BN untuk terus menyokong kerajaan pimpinan Anwar sehingga tamat tempoh pentadbiran.

Ditanya sama ada wujud sebarang langkah menjatuhkan kerajaan, pengerusi BN itu berkata: “Saya tiada niat langsung.”

“Tiada Langkah Bangkok ke, tiada Langkah Dubai ke tak ada.

“Apabila kami komited untuk berada di dalam kerajaan perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong dulu, kami komited sehingga akhir penggal parlimen yang ke-15,” katanya.

Pantun Anwar semalam dimuat naik ketika hubungan antara PH dan BN yang merupakan rakan dalam kerajaan Persekutuan, terus diuji susulan pertembungan kedua-dua gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai lalu.

Ketegangan itu semakin memuncak apabila BN memilih untuk berpakat dengan PN bagi menghadapi BN pada PRN Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos ini.

Menerusi pembahagian kerusi yang dipersetujui, BN akan bertanding di 25 daripada 36 kerusi DUN, manakala PN bertanding di baki 11 kerusi.

Kerjasama berkenaan mencetuskan desakan daripada Pemuda PH supaya menteri dan timbalan menteri BN meletakkan jawatan, selain menimbulkan perbalahan terbuka antara pemimpin kedua-dua gabungan.

Anwar sebelum ini turut memberi amaran kepada menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam kerajaan Persekutuan ketika berkempen.



Tiada ulasan: