Sabtu, 12 September 2026

KEJAYAAN HOUTHI


HOUTHI BERJAYA

BELASAH SAUDI

BARUA AMERIKA

AMIN

SEMUA KAPAL

TNGKI MINYAK

DI BENAR LALU

DI BAB AL-MANDAP

KECUALI KAPAL

MILIK SAUDI

KHALAS



Houthi tawan pulau strategik, eksport

 minyak negara Teluk terancam

ADEN: Kumpulan Houthi di Yaman yang disokong Iran dilaporkan berjaya menawan pulau strategik Perim di Selat Bab el-Mandeb semalam, menurut empat sumber kerajaan Yaman kepada agensi berita Reuters.

Langkah agresif itu sekali gus menyaksikan kumpulan berkenaan memperketat kawalan ke atas laluan perkapalan global yang penting di tengah-tengah konflik di Asia Barat yang kian meruncing.

Sementara itu, menurut pihak berkuasa Arab Saudi, saluran paip minyak utama Timur-Barat di Arab Saudi yang membantu mengurangkan kesesakan di Selat Hormuz ditutup sementara berikutan serangan dron dari Iraq.

Insiden itu memberi tekanan tambahan terhadap aliran minyak di negara Teluk ketika usaha diplomatik untuk meredakan peperangan menemui jalan buntu.

Sekiranya kumpulan Houthi berjaya menguasai Selat Bab el-Mandeb yang terletak di sebelah bertentangan Semenanjung Tanah Arab dengan Selat Hormuz, sekutu mereka, Iran bakal meraih kelebihan strategik kritikal dalam pertembungan dengan Amerika Syarikat (AS).

Perkembangan itu dijangka melumpuhkan rantaian bekalan melalui satu lagi koridor maritim utama dunia, sekali gus mencetuskan lonjakan mendadak harga minyak global.

Serangan berterusan oleh kumpulan Houthi turut dikhuatiri mencetuskan ketegangan ke tahap yang lebih memudaratkan.

Menurut sumber, Arab Saudi dilaporkan memohon bantuan ketenteraan daripada Washington.

Ia berlaku ketika harga bahan api melonjak dan konflik berkenaan turut menjejaskan kedudukan politik Presiden AS, Donald Trump serta parti Republikan menjelang pilihan raya Kongres pada November depan.

Dalam pada itu, dua sumber daripada kerajaan Yaman yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan disokong Arab Saudi memaklumkan, tentera mereka sudah berundur dari Pulau Perim.

Kumpulan Houthi turut dilaporkan berjaya menawan bandar pesisir pantai Laut Merah, Dhubab, yang terletak berdepan dengan pulau terbabit.

Kapasiti saluran paip sedia ada terpaksa ditutup sementara berikutan beberapa siri serangan terhadap saluran paip Timur-Barat di wilayah Riyadh dan Medina, Arab Saudi, lapor media rasmi yang memetik sumber Kementerian Tenaga Saudi.

Setakat ini, pihak yang melancarkan serangan masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, Arab Saudi memaklumkan, dron terbabit dikesan datang dari arah Iraq, iaitu negara yang menempatkan pelbagai militia ditaja Iran.

Jurucakap ketenteraan Houthi, Yahya Saree, menegaskan laluan navigasi maritim kekal selamat untuk semua kapal, kecuali kapal milik Arab Saudi yang tertakluk kepada sekatan yang diumumkan sebelum ini.

Sementara itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dilaporkan menghubungi Trump sekurang-kurangnya dua kali pada Khamis bagi memohon bantuan ketenteraan untuk memerangi kumpulan Houthi.

Perkara itu disahkan dua sumber kepada agensi berita Reuters pada Jumaat, sekali gus mengesahkan laporan awal disiarkan portal Axios.

Bagaimanapun, menurut sumber berkenaan, Washington memaklumkan kepada Riyadh, pihaknya belum bersedia mengambil tindakan ketenteraan secara langsung buat masa ini, namun sedia membantu daripada aspek perkongsian risikan dan sasaran strategik.- REUTERS

Tiada ulasan: