KENAPA TAK
NAK BERSAMA
GULINGKAN
ANWAR BIN
IBRAHIM ?
AMIN
PASAI APA SEGAN?
PASAI APA MALU?
AMIN
ANWAR BIN
IBRAHIM LEBIH
ZALIM DARI
MAHATHIR MUHAMAD
KHALAS
Pengarah Mandiri dakwa akaun bank disekat, tak boleh ke luar negara
NGO Mandiri mendakwa tindakan intimidasi terhadap organisasi itu berterusan selepas akaun bank milik Pengarah Eksekutifnya, Amir Hadi, dan Pengarah Kewangan, Dobby Chew, serta akaun bank organisasi berkenaan disekat.
Amir berkata sekatan itu berlaku selepas seminggu dia dikenakan sekatan untuk keluar negara.
Menurutnya, perkara itu berlaku selepas Dobby berdepan masalah ketika pulang dari Jakarta apabila dimaklumkan terdapat sekatan daripada Bukit Aman sebelum akhirnya dibenarkan memasuki negara ini.
"Hari ini, akaun bank peribadi milik saya dan Dobby telah disekat. Akaun bank Mandiri dan Hayat, NGO yang dikelola oleh Sdr Dobby juga turut sama disekat.
"Kami tidak pernah walau sekali dihubungi berkaitan sekatan ini. Kami juga tidak pernah sekali pun dipanggil untuk sebarang siasatan," ujarnya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan itu, Mandiri menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan berhubung sekatan berkenaan dan menariknya semula dengan segera.
NGO itu turut menegaskan pihaknya sentiasa bersedia untuk disiasat sekiranya terdapat keperluan serta akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dan pihak berkuasa.
Menurut Amir, sekatan tanpa sebarang pemakluman atau penjelasan merupakan satu bentuk "intimidasi berterusan yang digunakan bagi menekan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan”.
Dia turut menafikan dakwaan bahawa Mandiri terlibat dalam percaturan politik atau bekerja untuk menjatuhkan Anwar bin Ibrahim.
“Sebagai organisasi masyarakat sivil, Mandiri tidak terlibat dengan sebarang percaturan politik, atau seperti tuduhan sebelum ini, kononnya bekerja untuk menjatuhkan Anwar bin Ibrahim.
“Jatuh bangun parti politik dan orang politik ditentukan oleh rakyat. Sekiranya hal sebegini berterusan, tidak mengejutkan jika mereka dihukum oleh rakyat,” katanya.
Mei lalu, Mandiri menafikan dakwaan yang tular mengatakan NGO itu mendapat dana asing bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar bin Ibrahim. Organisasi itu didakwa mengatur demontrasi besar-besaran di Jakarta, Indonesia pada Sept tahun lalu.
Protes tersebut tercetus susulan tindakan pemerintah Indonesia menaikkan elaun perumahan ahli parlimen sehingga 10 kali ganda daripada kadar gaji minimum.
NGO itu juga dituduh menerima dana daripada “Godfather Petrol” Indonesia, Riza Chalid yang menjadi buruan pihak berkuasa. Riza dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, bin Ibrahim walaupun perdana menteri berkata usahawan tersebut hanya kenalan biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan