APA CARA NAK
HUMBAN CEPAT
MAT BURUT ?
AMIN
APAKAH AKAN
GAGAL LULUSKAN
BUJET BULAN 10?
JENG JENG JENG
KHALAS
disegerakan,
‘bagi peluang kami
pula’ – Zahid
KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) perlu disegerakan kerana rakyat dikatakan semakin merindui kepimpinan Barisan Nasional (BN), kata Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO itu berkata, perkembangan politik di Negeri Sembilan dan Johor memberi keyakinan bahawa sokongan terhadap BN masih mempunyai ruang untuk kembali mengukuh.
“Justeru, telah tiba masanya PRU16 perlu segera diadakan. Ini bukan desakan, ini bukan harapan. Cukup-cukuplah. Bagi peluang kami pula,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, keputusan di Negeri Sembilan dan Johor menunjukkan pengundi masih memberikan kepercayaan kepada BN apabila parti itu menawarkan pendekatan yang sesuai dengan keadaan setempat.
UMNO tidak pernah ‘tebuk atap’, Zahid beri bayangan ada cara lain
KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berhasrat menggunakan pendekatan ‘tebuk atap’ bagi mengubah kedudukan politik negara, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, Presiden UMNO itu memberi bayangan parti mempunyai pendekatan lain sekiranya ada pihak memilih untuk menggunakan kaedah berkenaan.
1 ulasan:
Kah kah kah cakap tak serupa bikin? Cakap berapi-api? Kemudian duduk semeja duduk peluk betulkah dia ini? Kes 47 sudah dilepaskan terus atau masih ada peluang kembali? Semua perkiraan dibuat menjaga kepentingan sendiri dahulu kah kah kah kah walau apa sekalipun diri diutamakan lain-lain boleh dikudakan dahulu demi agenda agama bangsa negara masih kekal kah kah kah kah
Catat Ulasan