KITA
JADI MANGSA
JEREBU
DAH 4 BULAN
AMIN
BERAPA RAMAI
SAKIT & ROSAK
KESEHATAN
AMIN
PERLU ADA
KAJIAN UNTUK
SAMAN TUAN
LADANG SAWIT
KHALAS
KUALA LUMPUR – Lapan kawasan di beberapa negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 7 pagi ini dengan empat daripadanya di Johor.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 154, diikuti Pasir Gudang, Johor (153), Batu Pahat dan Larkin masing-masing 152.
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Putrajaya dengan 147, Nilai, Negeri Sembilan (126) dan Segamat, Johor (108).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Sementara itu, sebanyak 59 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana, termasuk Batu Muda (99), Bukit Rambai (97), Shah Alam (95), Seremban dan Kluang masing-masing 93.
Di Sarawak, Serian merekodkan bacaan 98, Samarahan (95), Kuching (92), manakala Miri, Sarikei dan Sri Aman masing-masing 83.
Sibu pula mencatatkan bacaan 80, manakala ILP Miri dan Samalaju masing-masing merekodkan 79.
Tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik setakat pukul 7 pagi ini.
Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. –
MalaysiaGazette

1 ulasan:
kau dah nak mampos ke? cepat-cepat order kain kapan, batu nisan serta lubang kubur! lagi cepat lagi bagus! kah kah kah!
Catat Ulasan