Rabu, 7 Oktober 2026

PEMIMPIN DAP ANTI MONARKI ?


APAKAH PARTI DAP

MENENTANG 

MONARKI?

AMIN


“Siaran Media”laporan polis telah dibuat pada jam 11.21 pagi tadi, berikut merupakan kandungan laporan polis  Albert Tei :


Saya Tei Jiann Cheing @ Albert ingin membuat laporan polis berkenaan 1 kesalahan jenayah 3R yang sangat serius tentang penyebaran kandungan media sosial berunsur biadap, khianat, menghina, menghasut serta menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketika saya berada di Presint 15 Putrajaya, saya telah melihat 1 video podcast berdurasi 50 minit 28 saat yang disiarkan melalui Facebook dimiliki oleh YB Teo Nie Ching, selaku Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Naib Pengerusi DAP sebagai pengacara podcast tersebut dan bersamanya adalah Tony Pua, pemimpin kanan DAP dan merupakan bekas Ahli Parlimen Damansara Selangor.

Mereka berdua melakukan podcast tersebut dengan sengaja menggunakan bahasa Cina supaya bangsa lain khususnya masyarakat Melayu tidak mengetahui kandungan jahat yang disebarkan kepada masyarakat Cina. Mereka berdua berniat untuk menghasut dan mempengaruhi pemikiran serta perspektif kalangan orang Cina untuk membenci dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Institusi Raja-Raja Melayu terutamanya berkenaan kuasa prerogatif dan budi bicara mutlak yang diperuntukan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kandungan podcast yang melanggar Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan di bawah negara kita, telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu seperti di bawah:

1. Mereka berdua kata, Hannah Yeoh selaku Menteri Wilayah Persekutuan sememangnya berkeras menentang membebaskan  Najib Razak atau memberikan pengampunan kepada Najib Razak atau membenarkannya menjalani hukuman tahanan di rumah.

2. Mereka berdua kata, pengampunan ini jelas bahawa keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi sama ada keputusan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, kita berharap kerajaan dapat mendedahkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada orang ramai supaya kesemua pihak dapat melihat dengan jelas siapa sebenarnya yang membuat keputusan tersebut. Keputusan Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat berdasarkan nasihat kerajaan dan Baginda hendaklah mengambil kira pendirian serta nasihat kerajaan dalam melaksanakan keputusan tersebut.

3. Mereka berdua kata, dari segi undang-undang, sama ada keputusan tersebut terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, ataupun Baginda terikat untuk menerima nasihat atau pendirian kerajaan, perkara ini mungkin memerlukan keputusan muktamad daripada mahkamah.

4. Mereka berdua kata, memang itu kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan, tetapi hukuman itu tidak boleh diubah ikut sesuka hati, cara perubahan mesti dibuat mengikut undang-undang.

5. Mereka berdua kata, pendirian kami dalam DAP memang jelas kami menentang  Najib Razak dibebaskan dan kami juga menentang sebarang bentuk pengampunan atau layanan istimewa atau keistimewaan yang diberikan kepada  Najib Razak.

6. Mereka berdua kata, tahap bantahan ini perlu disuarakan dengan lebih lantang, kita perlu menggunakan segala kekuatan yang ada, sama ada secara keras atau lembut, untuk mendesak Perdana Menteri melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.

7. Mereka berdua kata, apa yang mereka harapkan ialah apabila Anthony Loke meletakkan jawatan Menteri Pengangkutan, selepas beliau berundur, beliau dapat memberikan tekanan kepada Perdana Menteri, melakukan perkara yang paling mudah ialah kerajaan perlu mendedahkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada rakyat supaya semua orang dapat melihat dengan jelas siapa sebenarnya yang membuat keputusan untuk membebaskan  Najib Razak.

Mereka berdua secara terbuka mencabar, melawan, menghasut dan mempertikaikan keputusan pengampunan yang merupakan kuasa prerogatif dan budi bicara mutlak yang diperuntukan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perbuatan mereka telah mengkhianati negara kita, sama sekali tidak boleh diterima atau dimaafkan sebagai warganegara Malaysia. Justeru itu, saya menggesa pihak polis menjalankan siasatan secara telus, cekap dan bebas. Membuat tangkapan dengan kadar segera, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkuasa dan berpengaruh.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: