Selasa, 29 September 2020

BINCAT KES APO NI ?


ADO LAIII

KES BINCAT ABAM

KAH KAH KAH

TAK ABIH ABIH 

KAH KAH KAH

NAJIB TURUN

ZAHID NAIK

ROSMAH TURUN

ABAM NAIK

KAH KAH KAH



Peguam jelaskan langkah

 isytihar pengampunan

 Anwar tidak sah

Seorang peguam terkemuka memberi amaran Anwar Ibrahim bakal berdepan dengan pertempuran perundangan dan politik yang “menggerikan” selepas Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan kesahan pengampunan Diraja terhadap presiden PKR itu, dicabar.

Haniff Khatri Abdulla yang mewakili seorang pemimpin parti politik baru yang mencabar pegampunan Diraja pada 2018 yang membebaskan Anwar dari penjara berkata, perbicaraan ini boleh menyaksikan kes yang belum pernah terjadi dan tidak pernah dilihat di Malaysia.

“Setahu saya belum ada (pengampunan Diraja) yang ditarik balik,” kata Haniff kepada MalaysiaNow.

Haniff adalah peguam jenayah yang terlibat dengan kes berprofil tinggi dan pernah mewakili bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjelaskan tindakan anak guamnya, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencabar sama ada keputusan Lembaga Pengampunan memberikan pengampunan penuh terhadap sabitan liwat Anwar sah di sisi Perlembagaan.

“Dalam rekod malaysia, sejarah malaysia, tidak pernah ada pengampunan yang diberikan kepada sabitan,” katanya.

Katanya, pada masa lalu, pengampunan Diraja tidak bertujuan untuk membatalkan sabitan bersalah seseorang akan tetapi hanya untuk membebaskannya daripada hukuman.

Menurut Haniff, ini dapat dilihat dalam kes Mokhtar Hashim yang diampunkan dan dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan bersalah kerana membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 1982.

“Jadi, hukuman yang diampunkan bukan sabitan membunuh, dia masih didapati bersalah membunuh,” katanya.

Apabila dibebaskan pada Mei 2018 peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dilaporkan berkata Agong memberikan pengampunan penuh yang memadamkan semua sabitan lalu terhadap ahli Parlimen Port Dickson itu.

Pada 2014, Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, menyebabkan beliau dipenjara selama lima tahun.

Anwar dibebaskan seminggu selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya pada Mei 2018, apabila Agong pada ketika itu Sultan Muhammad V mengampunkannya, langkah untuk memenuhi janji gabungan itu mempersiapkannya mengambil alih jawatan perdana menteri.

Khairul yang mencabar pengampunan terhadap Anwar turut mempersoalkan komposisi Lembaga Pengampunan.

Katanya, adalah mustahil bagi Lembaga Pengampunan untuk bersidang ketika Dr Mahathir masih belum mengumumkan senarai Kabinet penuh, dan menambah kuasa Agong memberikan pengampunan berdasarkan nasihat badan itu.

“Kalau mahkamah bersetuju komposisi Lembaga Pengampunan atas apa alasan yang dibangkitkan itu tidak sah, keseluruhan pengampunan itu boleh dijadikan tidak sah,” kata Haniff.

Katanya, sekiranya pengampunan hanya diberikan terhadap hukuman penjara Anwar sekalipun, masih terdapat persoalan perundangan tentang kesahan kemenangan presiden PKR itu di Port Dickson pada Oktober 2018 kerana kurang daripada tempoh 5 tahun selepas selesainya hukuman diampunkan.

Haniff berkata, Anwar masih boleh mengelakkan daripada disingkirkan sebagai ahli Parlimen kerana sebarang cabaran terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil itu harus dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh mengundi.

“Apa-apa keputusan mahkamah sama ada dikatakan keseluruhan pengampunan itu sah atau tidak sah, ataupun sebahagiannya, pembatalan sabitan itu tidak sah, maka ianya akan menjadikan kelayakan Anwar Ibrahim sebagai seorang wakil rakyat mempunyai kecacatan kesahihan yang bidang kuasa kemudian terletak pada speaker Dewan Rakyat,” katanya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya kecil Port Dickson, peguam negara pada ketika itu Tommy Thomas berkata Anwar layak untuk bertanding kerana diberikan “pengampunan penuh” oleh Agong.

“Oleh itu, menurut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar tidak dibatalkan daripada menjadi calon bagi pilihan raya kecil yang akan datang untuk kawasan pilihan raya Port Dickson,” menurut surat Thomas kepada peguam Siti Kassim pada September 2018.

Sementara Haniff berkata, beliau tidak fikir Anwar akan kembali ke penjara sekiranya pengampunannya dibatalkan.

“Jadi, persoalan ini akan dijawab bergantung kepada ‘ approach’ ataupun bahagian mana cabaran tersebut diputuskan mahkamah,” katanya.

Saman Khairul ditetapkan untuk didengar mahkamah pada Mac tahun depan. Sementara itu pembelaan Anwar sudah memfailkan rayuan kepada mahkamah untuk membatalkan saman itu.


BRO

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

LU INGAT

SENANG NAK

JADI PM

DI MALAYSIA

KAH KAH KAH

WAJIB 

KE SEKOLAH

SUNGAI BULUH 

DULU

KAH KAH KAH



TAK PERLU BANYAK DALIL

 


TAK PERLU 

BANYAK DALIL

panglimo potaseh commented on

 "ZAHID BERI LAMPU HIJAU SOKONG ANWAR"

Banyak sgt dalilnye tu Pak Ya, 62 ..yg gwa tahu 1 dalil je ia itu sebab bontot jantan jambu "JJ", negara boley runtoh.

JANGAN TUDUH PEMIMPIN ISLAM GILA



JANGAN TUDUH

PEMIMPIN ISLAM GILA


Anonymous commented on

 "JANGAN SEBAR FITNAH"

Ko ni gila isim. Kikikikik..

TOK HENG AKAN MUNCUL DI SABAH

 


SEKARANG BERUDU

SENANG DI KEPONG

BILA DAH BESAR

 AKAN JADI KATAK

KAH KAH KAH



Kerajaan baharu Sabah berdepan huru-hara, tidak stabil

KUMPULAN parti yang kini berada di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terperangkap dalam perebutan sengit bagi perbincangan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri.

Terdapat laporan pemimpin parti keluar selepas tidak diberi jumlah kerusi diminta, dan parti berbalah untuk bertanding di kerusi yang sama.

Akhirnya, semua sekutu ini saling bertanding di 17 kerusi. Mereka menggelarkannya sebagai “perlawanan persahabatan”.

Sepanjang tempoh berkempen, nampaknya berlaku perang dingin, terutama antara Bersatu dan Umno.

Malam tadi, kerjasama tidak rasmi ini berjaya menggulingkan Warisan Plus untuk mengumpulkan jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Akhirnya, GRS menang 38 kerusi sementara Pakatan Harapan (PH) Plus 32 kerusi, dengan tiga dimenangi oleh calon Bebas.

Tetapi itu bukan pengakhiran cerita. Ada satu lagi pertempuran lain - perebutan untuk jawatan ketua menteri.

Bersatu dan Umno sudah lama mengintai jawatan yang diidamkan ini, dengan Umno melancarkan peluru pertama apabila presiden dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menamakan ketua Sabah Hajiji Mohd Noor bagi jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membantah hal ini, dengan berkata keputusan mengenai ketua menteri itu mesti dibuat oleh wakil Barisan Nasional (BN) dan sekutu politik mereka selepas pilihan raya.

Nama Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin dicadangkan sebagai pilihan BN.

Kedua-dua pihak berkumpul dalam pertemuan berasingan selepas kemenangan mereka pada tengah malam tadi untuk merancang siapa yang akan menjadi ketua menteri seterusnya.

Hajiji memberitahu wartawan selepas itu yang ketua menteri baharu akan dinamakan lewat hari ini, dan selepas itu calon akan mengangkat sumpah di Istana Negeri.

Ketika ditanya sama ada ketua menteri daripada kalangan Adun PN atau BN, beliau berkata: “Biarkan ia menjadi misteri (buat masa ini).”

Siapa pun yang terpilih untuk jawatan itu, pasti akan berdepan kesulitan dalam menguruskan pakatan pemerintah yang tidak diikat sebarang bentuk perjanjian.

Terlalu banyak pemain dan parti yang terlibat dalam GRS, dengan masing-masing kini menyedari mereka memegang kunci yang akan membolehkan pakatan pemerintah dapat bertahan.

Lihat sahaja pada bilangan ini:

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS.

Daripada 38 kerusi yang dimenangi GRS, PN mendapat 17 kerusi, BN (14) dan PBS (7).

Tetapi PN sendiri adalah perkongsian antara Bersatu (11) dan Star (6).

Di bawah BN, kesemua 14 kerusi dimenangi oleh Umno.

Seperti dikatakan, terdapat terlalu banyak pemain bergabung untuk membentuk kerajaan baharu ini.

Sesiapa yang berasa terkilan akan mengundurkan diri daripada perjanjian tersebut, dan kerajaan rapuh akan jatuh.

Menariknya, ini adalah keadaan yang sama dengan pakatan kerajaan persekutuan yang juga berlaku dalam PN.

Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Md Noor tersenyum riang dengan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah yang turut disertai Perikatan Nasional malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 September, 2020. 
Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Md Noor tersenyum riang dengan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah yang turut disertai Perikatan Nasional malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 September, 2020.
Walaupun begitu, masih ada harapan. Perlembagan Sabah membenarkan ketua menteri melantik sehingga enam orang Adun, yang mempunyai hak setara dengan Adun yang dipilih rakyat.

Pelantikan ini boleh mengukuhkan kedudukan blok pemerintah dalam DUN, tetapi pasti akan berlaku perebutan dalam sekutu GRS tentang siapa yang bakal dilantik.

Selain itu, ada juga tiga Adun Bebas yang GRS boleh cuba tarik memihak kepadanya.

Hajiji dilihat berjumpa dengan salah seorang daripada mereka malam tadi- Rubin Balang yang menang DUN Kemabong.

Seorang lagi Adun Bebas, Masiung Banah, yang mengekalkan kerusi Kuamut juga dipercayai mesra GRS.

Mendapatkan sokongan untuk membentuk kerajaan negeri sepatutnya tidak akan begitu sukar. Aspek tersukar adalah memastikan semua komponen dalam GRS gembira berada dalam satu blok.

Ketua menteri yang baharu juga perlu berhati-hati tentang wujudnya cubaan Warisan Plus untuk menarik Adunnya. “Katak” pernah wujud sebelum ini, dan tidak mustahil boleh berlaku lagi.

Di akhirnya kita masih berada pada takuk lama. Kerajaan negeri dengan majoriti tipis dibentuk beberapa kumpulan yang mempunyai pelbagai agenda. Acuan terbaik untuk huru hara dan ketidakstabilan. – 27 September, 2020.

INI CIRI WATAK

BERUDU - KATAK

BUKAN HANYA

DI SABAH

AMIN

INI WATAK 

DAN CIRI

POLITIK UNDI

AMIN



ANWAR TAK LARI HANYA PINDAH

 



JANGAN FITNAH

ANWAR TAK LARI

DIA PINDAH

KE FINLAND

JADI FINNISH

Unknown commented on 

"ANWAR MENGADAP AGONG?"

rakyat sabar menunggu.. hanya org yg cemas, panic & gelabah berok je sibuk bertanya 3-4 hari ni


Unknown commented on

 "ABANG NON TETAP PIEM"

jam 6 dah tunggu tepi pagar.. selesai pengumuman dr istana, lompat pagar & larriiiii..


Unknown commented on 

"BERITA DARI ISTANA NEGARA"

semakin cemas, semakin panik & semakin gelabah berok.. bungkus baju & lariiii.. atau lari sehelai sepinggang je..

JADUAL PERDANA MENTERI HARI INI

 


JADUAL 

PERDANA MENTERI

panglimo potaseh commented on

 "ANWAR MENGADAP AGONG?"

Thalatha Abam ngadap Agong ..Rabu Abam dah ado kek Turki bagi TALK ..Khamih jumpo Al-Gore, bincat opp bincang hal Ekonomi Dauniyo ..Jumaat kek Dubai ngimamkan dan bagi khutbah ..Senayan bulan dopan baru balik ..sibok boto PM kito nih ..