Sabtu, 15 Oktober 2022
SALUT ANTHONY LOKE
Pulau Pinang tetap tak bubar DUN, tegas Majlis Presiden Pakatan
MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan DUN Pulau Pinang tidak akan dibubarkan walau timbul desakan dari pemimpin DAP untuk berbuat demikian.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata, majlis tersebut membuat ketetapan Pulau Pinang akan mengikut langkah Selangor dan Negeri Sembilan yang tidak membubarkan DUN masing-masing.
“Kita PH dan tiga negeri PH akan bersama buat keputusan bersama tangguhkan pilihan raya negeri supaya tumpuan boleh dibuat menangani masalah banjir,” kata Anwar dalam sidang media hari ini.
Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata parti itu akur dengan keputusan agar negeri pimpinan PH mengekalkan pentadbiran dan tidak membubarkan DUN.
Ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan pihak lawan menjadikan isu tersebut sebagai peluru untuk menyerang PH, katanya.
SALUT
ANTHONY LOKE
AMIN
PIMPINAN BARU
DAP LEBIH
MALAYSIA
AMIN
LEBIH MUDAH
MEMIKIRKAN
KEPENTINGAN
BERSAMA DARI
HANYA PARTI DAP
AMIN
JIKA INI
BERTERUSAN
MASA DEPAN KITA
DILIHAT CERAH
AMIN
KHALAS
UMNO DIRIKAN KEMAH BESAR
TEPAT BETUL
LAGI BENAR
AMIN
UMNO DIRIKAN
KEMAH BESAR
UNTUK MENYAMUN
AMIN
Unknown commented on
"MUDA BAKAL BUNGKUS"
Bro, lu tahu tak kenape umno tetap berjaya dlm apa jua keadaan sekalipun. Umno bila buat kerja jahat mrk sepakat mrk berjemaah. Pembangkang bila nak buat baik mrk berpecah sbb itu hero kat 1mesia kalah sokmo.
APA MAKNA BERITA INI ?
UMNO Sabak Bernam sebulat suara calon Ismail Sabri jadi PM
KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Sabak Bernam sebulat suara menyokong Naib Presiden, Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU15.
”Kami sebulat suara menyokong solidarit kepimpinan presiden bersama Naib Presiden yang merupakan Perdana Menteri. Kami menyokong sebulat suara atas keputusan MKT yang mencalonkan hanya Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri daripada BN selepas PRU15,” kata ketuanya, Abd Rahman Bakri.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian mesyuarat bahagian itu hari ini.
UMNO Bahagian Sabak Bernam yang bersidang hari ini turut melancarkan jentera Barisan Nasional (BN).
Abdul Rahman juga berkeyakinan tinggi BN akan mengekalkan kerusi Parlimen kawasan ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti walaupun bergerak solo.
WOIT
APA MAKNA
BERITA INI?
KAH KAH KAH
MAKNANYA ADA
NAMA LAIN YG
JADI CALON PM
AMIN
MI SPIK NO
INGLIS NAK
DIKETEPIKAN
KAH KAH KAH
ADA TOK MAT
AHLI KOPRAT
KERJA DI LONDON
SPEAKING BAIK
AMIN
ADA ZAFRUL
BIJAK BAHASA
INGGERIS
BIJAK BAHASA
ISTANA
AMIN
KHALAS
KENALI MUSUH UTAMA
KENALI
MUSUH UTAMA
MUSUH SAMPINGAN
KUDA KAYU
MUSUH DALAM ADA
AMIN
JUSTERU PERLU
BIJAK MEMIMPIN
BERHEMAH TINGGI
BERHATI BESAR
AMIN
"MENGENAL MUSUH"
Memang khemah besar ada peluang menang, tapi kena tengok siapa join khemah besar jugak TT, ramai musuh rupa Trojan Horses ada, dulu pun kemenangan PH kena hijack oleh Atuk, tambah rakus rak sabar nak rampas kuasa, Atok nak kontrol gerombolan balik guna KJ, jadi banyak songel ada, banyak tikam belakang ada, apa guna khemah besar menang lepas gaduh kiri kanan sebab semua nak jadi PM, ini lah sebab susah kalah kan BN dulu pun kah kah kah bukan pasal musuh itu kuat, tapi diri sendiri pun tak sedia, tak kuat tak setia tak sependapat semua nak jadi Hero kah kah kah, semua tahu BN diketuai gerombolan perasuah pencuri perompak tapi masih sokong sebab apa ? Sebab tak ada pilihan lain yang molek, tak ada yang nampak steady itu saja, kah kah kah senang cakap susah buat TT, inikan Malaysia Boleh
NEGERI PAKATAN SATU SUARA
Selangor tetap tidak bubar DUN – Amirudin
SUNGAI BESAR – Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya umum secara serentak dengan Kerajaan Persekutuan.
Menteri Besarnya, Amirudin Shari berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan itu kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).
“Setakat ini keputusan kita tetap, saya dah maklumkan kepada banyak pihak kepada kepimpinan tertinggi dan kita percaya masih lagi teruskan pelan kita dan tidak ada perubahan,” katanya yang menjawab pertanyaan mengenai langkah Selangor yang masih lagi belum membubarkan DUN.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Jelajah Selangor Penyayang di sini, hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan Istana Selangor yang mendakwa beliau tidak membuat permintaan pembubaran DUN kepada Sultan Selangor, Amirudin berkata, tidak ada yang rahsia mahupun tipu helah yang dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkara itu.
Amirudin berkata, beliau tetap dengan kenyataan yang dikeluarkan pada 11 Oktober lepas untuk tidak membubarkan DUN demi menjaga kepentingan rakyat.
“Saya tak pasti dengan laporan media dan sebagainya, seolah-olah ada gambaran Selangor sahaja mengambil keputusan berbeza tidak sealiran.
“Tetapi itulah perkara yang telah kita bincangkan, telah lama dan kita telah maklumkan kepada semua dan Tuanku juga mengambil maklum.
“Bermakna itu dalam keputusan saya dan kerajaan negeri yang berada pada jajaran dan urusannya mengikut kepada Perlembagaan Persekutuan
“Jadi, saya percaya itu perkara yang ditimbulkan supaya tidak timbul desas desus Tuanku menolak atau kita dah tawarkan ataupun ada perbincangan lain dan sebagainya.
“Saya rasa penjelasan Tuanku tu menjelaskan balik dengan lebih terang apa yang telah telah berlaku pada pertemuan tersebut,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan Sultan Sharafuddin menitahkan kerajaan negeri supaya menyegerakan projek berkepentingan rakyat seperti tebatan banjir dan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam sebelum pembubaran DUN dilakukan.
Amirudin berkata, susulan itu kerajaan negeri mengekalkan keputusan tidak membubarkan DUN susulan pembubaran Parlimen.
NEGERI PAKATAN
SEBULAT SUARA
SATU KATA
SATU CARA
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)




