Khamis, 26 Disember 2013

GEROMBOLAN JUAL HARTA NEGARA UNTUK BAYAR BIL









PENJUALAN HARTA NEGARA: KERAJAAN TIDAK MENAFIKAN MALAH CUBA MEMBERI ALASAN

Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan mengenai kontroversi penjualan dan penggadaian harta negara untuk mencapai sasaran defisit tidak sedikit pun menafikan laporan Bank Dunia bahawa perkara-perkara berikut telah berlaku:

1.      Kerajaan tidak akan mencapai sasaran defisit yang diumumkan jika pendapatan tambahan yang tidak dirancang di dalam Belanjawan 2013 sebanyak RM11.8 bilion diperolehi;
2.      Kerajaan terpaksa menjual harta  negara sebanyak RM1.4 bilion untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;
3.      Kerajaan terpaksa menggadaikan portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sebanyak RM4.2 bilion melalui pensekuritian pinjaman perumahan (securitization of mortgages) untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;

Sebaliknya, Kementerian Kewangan hanya memberikan alasan bahawa penjualan harta dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku sebelum ini.

Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Najib Razak dalam mencapai sasaran defisit, terutamanya perkara-perkara berikut:

1.      Setakat laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013, belanja mengurus Kerajaan Persekutuan telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1%;
2.      Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat;
3.      Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pendapatan berkurang dan defisit semakin teruk;
4.      Maka, satu-satunya cara untuk mencapai sasaran defisit 4% yang telah diumumkan  Najib Razak bagi tahun 2013 ialah dengan menjual dan menggadai lebih banyak harta  kerajaan (yang tidak dirancang dan diunjurkan semasa Belanjawan 2013 dibentangkan.


Oleh itu, jelas bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar dan harta-harta negara telah dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara.

Saya juga khuatir jika kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan terus digunakan sebagai jalan mudah untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan bermula dalam tahun 2004 dan dikendalikan oleh Cagamas iaitu syarikat pinjaman perumahan negara.

Pensekuritian melibatkan kerajaan menjual portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon. Ini bermakna bahawa kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur-pelabur yang membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian ini. Walaupun ia amalan yang telah dimulakan sejak tahun 2004, pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan subprima yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008. Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui.

Oleh itu, hakikat bahawa Kerajaan Persekutuan menjual harta negara dan menggadaikan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan melalui pensekuritian membuktikan terdesaknya pengurusan kewangan negara di bawah Najib  Razak.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

26 DISEMBER 2013

 

-----------

5 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Pukimak najib dan bn ni tau....ingatkan pandai main ekonomi...rupa rupanya kena main....berhentilah sial......

BeaN berkata...

ini adalah mentaliti orang kampung yang dapat harta secara percuma. sebelum perang orang tua susah payah tebang berekar2 hutan untuk bertani.

bila dah seumur hidup makan orang yang tanggung, generasi ini tak tau nak berdikari. bila orang tua mati, sumber duit pun hilang.

generasi bangang yang makan ditanggung ni gelabah. sebab otak bingai yg selama ini tak reti nak berfikir, maka harta pusaka yang ditinggalkan tak tau nak usahakan.

jalan mudah ialah jual untuk menampung belanja boros mereka.

Dalam bab ni, walaupun mentaliti dia mentaliti orang kampung dusun, najib dikira cerdik sebab harta yang dia gadai bukan dia punya.

Yang bangang dalam hal ini ialah rakyat 47% yang mengundi bn walaupun sudah kena tipu selama 50 tahun.

Tanpa Nama berkata...

bik mama: ada aku kesah?

Tanpa Nama berkata...

Termasuk yg 52% dibodohkan sekali.. melalak dlm internet, sekor habuk pun tak turun jalanraya..
Yg lagi malang, belajar agama tinggi2, dilantik masuk majlis ulamak.. kemudian jdi bacul pengecut ajak org kampung hormati pemerintah.. aku rasa suatu hari ulamak2 ini akan rakyat perangi dulu...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 8.35ptg.
"Ulamak" yg melalak dlm internet tu dan yg buka pelbagai blog hentam profesional tu hakikatnya bukan ulamak yg sebenar.Depa ada mengaji tinggi, ada yg dapat Master dan PHD dlm bidang masing-masing, belum lagi diiktiraf sebagai ulamak.Depa perasan dah jadi ulamak wal hal yg layak bergelar ulamak tu mesti datang dari masysrakat dan orang ramai, bukan boleh sendiri mengaku "ulamak".Itu sebab perangai depa macam ular dlm semak.