Isnin, 26 Januari 2015

SALAH GUNA KUASA





ADAKAH KONTRAK BAS PLKN BERNILAI RM 165 JUTA KEPADA GUNUNG CAPITAL DITERUSKAN WALAUPUN PLKN 2015 DITANGGUHKAN?
Pengumuman Bursa Malaysia yang bertarikh 29 Disember 2014 (rujuk lampiran A) mendedahkan bahawa syarikat Gunung Capital Berhad melalui anak syarikat milik sepenuhnya iaitu GPB Corporation Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 164, 951, 885.70 oleh Kerajaan Barisan Nasional bagi menyediakan perkhidmatan bas untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Kontrak tersebut merangkumi penyediaan sebanyak 416 buah bas bagi 82 kem latihan PLKN untuk tempoh selama 3 tahun bermula 26 Disember 2014 sehingga 25 Disember 2017. Namun pengumuman tersebut tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana proses pemberian kontrak dibuat dan samada nilai kontrak tersebut setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini menimbulkan persoalan kerana maklumat syarikat menunjukkan Gunung Capital diketuai oleh pimpinan UMNO iaitu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal selaku Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Beliau merupakan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang yang bergiat aktif di Perak.
Saya juga telah mendedahkan pada minggu lepas bahawa terdapat jurang perbezaan sebanyak RM 212 juta antara penjimatan melalui penangguhan PLKN tahun 2015 seperti yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri iaitu sebanyak RM 400 juta sedangkan anggaran perbelanjaan PLKN bagi tahun 2015 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2015 adalah RM 612 juta.
Adakah ini bermakna kerajaan akan menanggung kerugian sebanyak RM 212 juta kerana masih terpaksa membayar syarikat-syarikat kontraktor seperti Gunung Capital yang telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 165 juta walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan?
Adakah keengganan kerajaan untuk memansuhkan terus PLKN adalah kerana syarikat tertentu yang mempunyai kaitan dengan pimpinan UMNO telah dijanjikan kontrak bernilai ratusan juta ringgit bagi tempoh jangka panjang atau kontrak lebih dari setahun?
Penangguhan PLKN tahun 2015 adalah tindakan yang wajar bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Namun, Y.A.B. Perdana Menteri wajib menjelaskan mengapa penangguhan PLKN tahun 2015 hanya mampu jimatkan 65% daripada anggaran sebenar perbelanjaan PLKN, adakah kerajaan akan membayar syarikat kontraktor seperti Gunung Capital RM 165 juta walaupun tiada perkhidmatan bas yang diberikan bagi tahun 2015 dan kemanakah perginya RM 212 juta iaitu wang lebihan daripada anggaran perbelanjaan RM612 juta berbanding RM 400 juta penjimatan yang diumumkan? 
AKMAL NASIR
Pengarah Strateji
Angkatan Muda Keadilan

---------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woi akmal..kau pun dah ikut pattern pondan rafizi ke..homework kau ni fail..

Amuraria berkata...

ada macai pembela sang pemerintah kaki kelentong daa ! buka la mata dey ngok berapa banyak dah rakyat & negara kena songlap,kelentong & seleweng ? apa punya kamjat & turr mangkuk tandas ni sampai buta mati & hati tak nampak ka berapa lama punya penyangak@penyamun dok seleweng, syabas sdr rafizi & akmal ! anda telah berjaya merobek kerja-kerja dajjal sang pengkhianat negara ! ABU jangan lupa!

Amuraria berkata...

ada macai pembela sang pemerintah kaki kelentong daa ! buka la mata dey ngok berapa banyak dah rakyat & negara kena songlap,kelentong & seleweng ? apa punya kamjat & turr mangkuk tandas ni sampai buta mati & hati tak nampak ka berapa lama punya penyangak@penyamun dok seleweng, syabas sdr rafizi & akmal ! anda telah berjaya merobek kerja-kerja dajjal sang pengkhianat negara ! ABU jangan lupa!

Tanpa Nama berkata...

kerajaan haramjadah.......
kah...kah...kah....

Tanpa Nama berkata...

Kalau si lahanat tak menipu macam mana nak kaya ber gaya.

Bentley dan Bini Muda mesti ada.

Tanpa Nama berkata...

gau hanya mau mohon semuga lakhna Allah keatas pengulas pertama dipercepatkan -

gua tiap saat duk doa lakhnat atas si Lakhnatullah ilaihi si ulasan pertama .

Tanpa Nama berkata...

woit jgn lahnat no 1 kesian ada org memang di lahirkan utk jadi bodoh kah kah kah