Rabu, 4 Februari 2015

RASUAH LAGI



KELUARGA FIRAUN

KONTRAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) JOHOR BERNILAI RM 103 JUTA TERBENGKALAI ADA KAITAN DENGAN UMNO
Kami menyambut baik kenyataan Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengesahkan bahawa projek pembinaan Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang terletak di Johor Bahru telah terbengkalai dan kontraktor yang bertanggungjawab akhirnya telah ditamatkan kontrak pada Oktober yang lalu.

Namun beliau bukan sahaja tidak menjawab soalan-soalan yang kami bangkitkan sebelum ini malah kenyataan beliau langsung tidak menampakkan kesungguhan dan tidak memberikan sebarang keyakinan kerana terdapat percanggahan fakta. Jawapan yang dikemukakan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menjelaskan kontrak projek telah ditamatkan pada 10 Febuari 2014 (lampiran A) berbanding jawapan beliau iaitu hanya pada Oktober 2014.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, kami berpendirian bahawa Dato’ Seri Zahid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) dimana KDN selalu pemilik projek seharusnya bertanggungjawab menerangkan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyiapkan projek ini dan memastikan syarikat kontraktor yang menyebabkan projek terbengkalai dihadapkan ke muka pengadilan.

Berdasarkan jawapan dalam Persidangan DUN Johor sesi Jun 2014, projek pembinaan IPK Johor telah dianugerahkan kepada syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd yang berpengkalan di Ampang pada tahun 2010. 

Carian kami menunjukkan bahawa individu yang berperanan utama adalah Dato’ Zamri Bin Rahmat iaitu selaku pengarah eksekutif dan juga pemegang saham terbesar syarikat (lampiran B dan lampiran C). Beliau merupakan pimpinan UMNO di kawasan Ampang dan berkempen secara aktif sewaktu Pilihanraya Umum ke-12 dan ke-13 (lampiran D).
Sebagai rekod, syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd telah menerima bayaran sebanyak RM 46,123,409.00 sebelum pembinaan IPK Johor terhenti dan diisytiharkan terbengkalai. 

Malah syarikat tersebut telah didenda sebanyak RM 2,836,417.65 iaitu bersamaan dengan RM 17,190.41 sehari bagi tempoh 165 hari sebelum kontrak mereka ditamatkan.

Bagi mengelakkan kegagalan yang sama berulang, kami berharap Zahid Hamidi dapat memberikan penjelasan mengenai perkara-perkara berikut:-

1. Bagaimana proses tender dilaksanakan dan bagaimana Global Globe (M) Sdn Bhd dianugerahkan kontrak utama? Mengapakah kontraktor yang dipilih kemudiannya gagal menyiapkan projek mengikut syarat yang ditetapkan?

2. Selain kontrak ditamatkan, adakah Global Globe (M) Sdn Bhd telah membayar denda yang telah dikenakan? Adakah kerajaan telah mengambil tindakan undang-undang sivil untuk menuntut balik gantirugi atas kegagalan Global Globe (M) Sdn Bhd menyempurnakan kontrak tersebut dan sekiranya ya, status terkini dan sekiranya tidak, mengapa tidak, memandangkan kontrak telah ditamatkan hampir 1 tahun?

3. Siapakah kontraktor atau syarikat yang dipilih untuk menyelamatkan projek IPK Johor yang terbengkalai ini? Apakah proses dan kriteria pemilihan syarikat tersebut?
4. Bilakah projek ini mampu disiapkan? Berapakah jumlah kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk menyiapkan projek ini?

Kami berharap Zahid Hamidi dapat mengambil pendekatan yang lebih telus dan bertanggungjawab untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Kerjasama beliau akan memberikan sedikit keyakinan kepada rakyat terhadap kesediaan beliau untuk mencari jalan bagi menyiapkan pembinaan IPK Johor yang terbengkalai selepas 5 tahun dilancarkan. 

4 FEBUARI 2015

Y.B. JIMMY PUAH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Johor
Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor




----------------

3 ulasan:

Awanama berkata...

Bebudak Bahalol nak kaya ber gaya kena dengan tipu saja

Orang orang Melayu rata rata macam ini.

1 Mat Dah Bahalol

Awanama berkata...

Bukan dia ambil duit rakyat pun. Jimmy Puah bukan boleh tengok orang Melayu senang.

Inilah bila orang Melayu kaya atau senang sikit mesti macam2 orang cakap. Kroni lah, rasuah lah dan macam2 lagi. Inilah hasad dengki dan cemburu orang Melayu. Sampai kiamat pun Melayu akan dihina.

Awanama berkata...

Semua nak songlap duit sblm kerajaan skrng jatuh.kaya cepat sblm terlambat.semua tak percaya kerajaan ni akan kekal next pru.